
Fungsi utama sistem limfa ini adalah untuk mengangkut bendalir limfa
, sejenis cecair tanpa warna yang mengandungi sel darah putih yang dapat
membantu tubuh kita menghapuskan toksin, mengangkut nutrien, melawan jangkitan
virus dan bakteria, dan menjalankan fungsi "detoxification" kepada
tubuh badan daripada sel - sel kanser , bahan - bahan buangan dan logam berat.
Sistem limfa ini merupakan satu jaringan yang interaktif yang
berhubung diantara tisu dan organ. Dalam
sistem ini, ia dibentuk daripada organ (nodus limfa, spleen dan thymus dll ) saluran limfa dan bendalir limfa itu
sendiri. Terdapat kira - kira 600 - 700
nodus limfa dalam tubuh manusia yang melakukan proses saringan bendalir limfa
sebelum ianya kembali ke sistem peredarannya . Sebagai contoh, apabila bakteria
dikesan didalam bendalir limfa, nodus limfa akan menghasilkan lebih banyak sel
darah putih untuk menentang jangkitan.

Ramai antara kita tidak
menyedari ada ketikanya sistem ini tidak berfungsi dengan baik kerana kita
tidak membantunya untuk melakukan fungsinya dengan optimum. Antara tanda - tanda sistem limfa yang lemah adalah seperti nodus membengkak. Selain itu simptom sinusitus, kurang bermaya, tekanan
darah tinggi, arthritis, sakit kepala dan lain - lain lagi mungkin boleh
dikaitkan dengan lemahnya sistem ini. Mengapa
sistem ini boleh menjadi lemah?? Salah satunya adalah kerana sistem
peredarannya yang tidak baik atau pun tidak lancar. Bila pengalirannya menjadi tidak lancar,
bahan - bahan nutrien tidak dapat diangkut dengan baik, toksin tidak dapat
dikeluarkan dan pengumpulan virus dan bakteria di nodus limfa dan seterusnya
badan akan menjadi lebih toksik. Dan
bila keadaan ini terjadi, penyakit akan
mula menjelma.

Bendalir limfa secara semulajadinya bergerak agak perlahan lebih kurang 4 ounce bendalir pada setiap jam. Secara perbandingan, apabila kita tidak aktif, cuma kira - kira 1/5 atau 2/5 sudu teh pergerakan bendalir limfa setiap minit dan kira - kira sehingga 4 sudu teh apabila melakukan "rebounding". Aktiviti "rebounding" ini sebenaryna akan menguatkan setiap sel di dalam badan tanpa memberikan impak kepada otot, tisu dan "joint" seperti mana yang mungkin berlaku apabila melakukan senaman atau aktiviti sukan lain.
Oleh itu, mari lah kita bersama - sama melakukan aktiviti - aktiviti yang dapat membantu menguatkan sistem pertahanan badan kita dengan membantu sistem limfa berada dalam keadaan yang optimum. Lakukanlah aktiviti fizikal dan beri masa kepada badan untuk kembali sihat dan bertenaga dan merasai kesan yang positif.
No comments:
Post a Comment