Showing posts with label Riadah. Show all posts
Showing posts with label Riadah. Show all posts

Wednesday, December 11, 2013

Berkunjung ke I City


Salam All,

So weekend comes again...Just nak share some of our activities this week. Sebelum tu,macam biasa lerr...kena main motor dulu ...hehe...nih ler  aktiviti utama....kena bawak anak gadis ni main moto.....tp kali ni dia tak keseorangan sbb ader cousin nyer bersama....bertambah seronok la  sbb sblm2 ni just main sorang - sorang ajer...
Berlumba dengan Haidar



And then, malam tu kami berkunjung la ke I City. Rasanyer dah lebih 4 kali ke sini....nasib baik cuaca elok malam tu...bole la ronda2 kat dalam tu......So....comes & layan gambar dan suasana kat situ malam tu
Macam lembu Pak Su
Seronoknyeerrr
Naik kereta api dengan Umi
Bercahaya di sana sini



Monday, December 2, 2013

Berkunjung ke karnival Proton Bola! Bola! Bola!

Last weekend, kami berkunjung ke Karnival Proton Bola!, Bola! Bola! di perkarangan Stadium Shah Alam Selangor. Banyak aktiviti dan pameran disediakan seperti persembahan artis - artis, jualan parts,  Lucky draw, racing simulator, jualan merchandise dan lain - lain lagi. Untuk kanak - kanak pula, terdapat juga tempat permainan disediakan. Selain itu, seronok melihat pameran kenderaan buatan Proton dan Lotus dengan lebih dekat lagi. Saya tertarik dengan sebuah kereta Lotus Evora yang berwarna Silver..hehehe Kelihatan juga ramai pengunjung menyertai "Test Drive" beberapa model Proton.

Pentas

Menarik perhatian anak saya.
Ni la kereta yang sangat menawan.
Kalau la sy bole drive macam ni. Ternyata Preve memang Power.
Sempat bergaya di samping kereta yang bergaya ni.

Aktiviti malam hujung minggu

Hi,;
Ahh...kali ni nak update lagi berkenaan aktiviti kegemaran my daugther. Lepas makan nasik ayam malam tu kat restoran berdekatan, kami berkunjung ke sini untuk layan motosikal ni. Rasanyer, dah 5 minggu berturut - turut anak pompuan sy ni main motosikal ni..dah kira macam hobi tiap2 minggu laaaaa....Seronok sungguh dia layan motosikal ni.....sambil elak ke kanan, elak ke kiri...Suasana malam tu, agak ramai jugak kanak - kanak sebaya anak sy main benda ni.....sy dan suami just tengok2 dari jauh......tp tiap kali main, mesti nak yang kaler pink ni....ikutkan macam ngam saiz badan ngan moto yang kecik tu....hehehe
Kelihatan relax jer
Membelok ke kanan
Pon - pon......sy nak lalu!

Sunday, November 24, 2013

Aktiviti outdoor yang menceriakan





Hi....dah lama rasanya tak buat outdoor riadah - riadah....So utk weekend kali ni, dapat peluang untuk berlari - lari kat padang Dataran Shah Alam ,berdekatan dengan Muzium Shah Alam dan Masjid Shah Alam. Kalau tak silap, ader la lebih kurang sebulan lebih tak beriadah di sini.....Kami  tiba di sini lebih kurang pukul 5.30 petang selepas singgah di Alam Sentral sebelum tu. Suasana agak meriah pada masa kami tiba..Rata- rata, pengunjung adalah dari golongan berkeluarga. Di tepi - tepi padang , terdapat beberapa orang berjualan barang - barang permainan yang pelbagai. So, biasalah budak - budak kan...bila tengok permainan terbentang, mula la start tarik baju mintak dibelikan....Jadi , nak senang cerita, beli la pistol bubble...Seingat sy, setiap kali datang sini, memang macam wajib jer belikan benda nih....huh..
Pelbagai permainan menjadi pilihan
Ni dia, pistol bubble..ntah yang keberapa ntahhh..

Geram btul dia kat bubble tuuhh
Bila dah boring main pistol...tendang bola la pulak....my daugther sorang jer yang main bola pink kat padang nih.....hehe
Bola pink ...pink pun pink laaa....
Seronok sungguh
Lepas dah beriadah , singgah jap kat kedai bakery. Tetiba nak merasa ice cream cake.


Ahhhh.....sedaappp
So, malam ni nak lepak rehat kat rumah layan Masterchef All Star.