Showing posts with label Vita E Complex. Show all posts
Showing posts with label Vita E Complex. Show all posts

Saturday, May 17, 2014

Set Asas Penjagaan Kulit



 Nak CANTIK? Tapi TAKUT kesan sampingan daripada produk-produk kecantikan yang ada…

Antara tanda-tanda kulit tidak sihat adalah:
1) Kulit kusam
2) Tona kulit yang tidak sekata
3) Kulit berjerawat
4) Kulit berjeragat
5) Kulit kasar
6) Kulit berminyak

 Kepada pembaca-pembaca semua yang sedang mencari-cari produk apa yang sesuai dan juga pastinya SELAMAT untuk di ambil, JOM cuba SET ASAS kecantikan Shaklee!

Thursday, November 14, 2013

Vita-E Complex



Vitamin E mula dikenali pada sekitar tahun 1930an dan ianya bersifat larut lemak dan adalah sejenis antioksida yang sangat penting.  Secara amnya, vitamin E berperanan sebagai antioksida dengan menjaga integriti  dan kestabilan tisu dan membran tubuh daripada serangan radikal bebas yang boleh menyebabkan kerosakan dan seterusnya penyakit - penyakit kronik tertentu. Ia juga menyokong fungsi kardiovaskular dan sistemnya, sistem imun dan penglihatan.

Vitamin E terbahagi kepada 2 kumpulan iaitu "tocotrienols" dan "tocopherols". Sebatian dari kumpulan "tocopherols" adalah aktif secara biologinya di dalam badan. Terdapat pula 4 jenis sebatian "tocopherols" iaitu alpha, beta, gamma dan delta.  "alpha- tocopherols" merupakan bentuk sebatian yang paling kuat dan aktif daripada keempat -empat jenis yang dinyatakan tadi.  
 Fungsi Vitamin E sebagai antioksida yang bermaksud vitamin E akan mendermakan elektronnya kepada radikal bebas dan seterusnya menstabilkannya radikal bebas tersebut.  Apabila vitamin E ini telah teroksida, ia akan dikeluarkan dari badan ataupun boleh diaktifkan semula oleh vitamin antioksida lain seperti vitamin C.  Disebabkan vitamin E lazimnya terdapat di tisu adipose dan sel membran, maka ia secara relatifnya akan lebih melindungi  "polyunsaturated fatty acids (PUFA) dan lain - lain komponen lemak pada sel membran dari mengalami pengoksidaan.  Berikut merupakan antara fungsi - fungsi penting vitamin E yang lain :
1. Melindungi  LDL daripada teroksida yang seterusnya dapat mengurangkan risiko penyakit jantung.
2. Melindungi membran sel darah merah dari teroksida.
3. Melindungi sel - sel paru-paru dari teroksida.
4. Meningkatkan fungsi  imun dengan memberi perlindungan kepada sel darah putih dan komponen - komponen lain dalam sistem imun dengan itu dapat membantu tubuh menentang penyakit.
5. Ianya juga dapat membantu meningkatkan penyerapan vitamin A.
6. Berpotensi mengurangkan  risiko atau melambatkan pembentukan katarak.
7.  Menghalang pembentukan tumor.
8.  Mengurangkan risiko kanser perut dan kanser rektum pada wanita

Banyak bukan kebaikan Vitamin E ini?? Tetapi pengambilan vitamin E perlulah dari sumber yang semulajadi (natural)  kerana ianya lebih selamat diambil dan lebih mudah diserap oleh badan.  Untuk mengenali vitamin E dari sumber "natural", bacalah pada label botol tersebut.  d-alpha- tocopherol menandakan ianya adalah dari sumber semula jadi manakala jika terdapat  huruf "l" atau "dl" ia menandakan vitamin tersebut dari sumber sintetik. 
Kenapa perlu memilih Vita- E Complex dari Shaklee? ? Sy merupakan pengguna setia Vita - E Complex ini setiap hari dan telah merasai kebaikan dari penggunaannya. Antara sebab sy memilih produk Shaklee ini kerana :
1. Vitamin E dalam Vita-E Complex ini bersumberkan semulajadi. (natural), oleh itu sy yakin badan sy menyerap vitamin ini lebih baik. Ia mengandungi d-alpha- tocopherol  yang seperti sy terangkan tadi adalah aktif secara biologinya di dalam badan dan merupakan bentuk sebatian yang paling kuat dan aktif .
2. Ianya mengandungi Selenium
3. Ianya juga mengandungi ekstrak biji anggur.
4. Mudah ditelan
5. Warna kapsul yang menarik...hehe

Selenium merupakan sejenis mineral  yang sangat diperlukan oleh badan kita.  Lebih kurang 50% ke 90% selenium akan diserap melalui usus kecil.  Selenium berperanan dalam fungsi antioksida  apabila menjadi  sebahagian daripada sistem enzim glutathione peroxidase yang dapat menguraikan hidrogen peroksida yang terbentuk di dalam badan, dengan itu  ia dapat mengelakkan pembentukan radikal bebas. Selenium dan vitamin E berperanan bersama untuk mengelakkan kerosakkan oksidatif kepada lipid dan mengurangkan kerosakkan kepada membran sel. Selain itu, selenium juga diperlukan dalam pembentukan thyroxine, sejenis hormon tiroid dan penting untuk kawalan suhu badan.  Ia juga berperanan penting dalam fungsi imun dan beberapa jenis kanser dilaporkan berkait rapat dengan kekurangan selenium. 
Ekstrak biji anggur pula memainkan peranan penting dan memberikan beberapa kebaikan kepada tubuh badan antaranya :
1. Mengandungi "Flavonoid phytonutrients " yang Juga berperanan sebagai antioksida . Ia mengandungi 95%  Kompleks Oligomeric Proanthocyanidin, OPC yang merupakan antara ekstrak antioksida yang kuat.
2.  OPC membantu tubuh untuk menghasilkan glutathione yang dapat melindungi DNA dan menguatkan sistem imun.
3. Memperbaiki peredaran oksigen didalam badan.
4. Melindungi tisu lembut pada tisu hubungan (joint tissue)  dan kulit dari radikal bebas dan penuaan pramatang. Bila sebut mengenai perlindungan penuaan pra - matang ini bermakna ia dapat membantu kulit kelihatan muda dan sihat.
5. Memperlahankan pertumbuhan kanser dan boleh menyebabkan kematian sel - sel kanser. Selain itu , ia juga dapat membantu hati mengeluarkan toksik dan seterusnya mengurangkan pertumbuhan sel kanser pada  payudara, perut, kolon, prostat dan paru - paru.

Setiap kapsul Vita-E Complex ini mengandungi 400IU  d-alpha- tocopherol, 65.00mcg Selenium dan 39.40mg Grape Seed Extract. Ia didatangkan dengan 120 biji kapsul yang mana jika dimakan ikut sukatannya dapat bertahan selama 4 bulan!. Dengan jumlah kapsul dan kebaikan serta khasiat yang terkandung, dapat disimpulkan bahawa harga yang ditawarkan amat la berbaloi..Segeralah dapatkan sebotol untuk mencuba kebaikan dan merasai kesihatan yang lebih baik.

Wednesday, November 13, 2013

Antioksida & kepentingannya.



Antioksida merupakan satu sebatian yang melindungi sel dari kerosakkan yang diakibatkan oleh proses pengoksidaan. Bagaimana pengoksidaan berlaku? Semasa proses metabolisma di dalam badan berlaku, atom akan kehilangan sebahagian elektron, dan kehilangan elektron ini dinamakan pengoksidaan kerana dalam proses ini, oksigen digunakan. 

Apabila suatu atom kehilangan elektronnya semasa proses pengoksidaan, ada diantara elektronnya berada dalam keadaan tidak berpasangan. Dalam sesetengah keadaan, 2 atom yang kehilangan elektron akan bergabung dan membentuk molekul yang stabil.  Tetapi, dalam sesetengah kes pula, terdapat atom - atom yang kekal dalam kekurangan elektron dan berkeadaan tidak stabil . Atom - atom yang kekurangan elektron ini dinamakan "radikal bebas".


The exchange reaction. Exchange reactions consist of two parts. (a) During
oxidation, molecules lose electrons. (b) In the second part of the reaction, molecules gain
electrons, which is called reduction


Selain itu, proses metabolisma tenaga juga dapat meningkatkan radikal bebas ini. Untuk menghasilkan tenaga, badan kita akan menggunakan hidrogen dan oksigen. Kita sentiasa menyedut oksigen semasa pernafasan manakala dalam peringkat sel pula,  kita menghasilkan hidrogen hasil daripada proses pencernaan dan penyerapan makanan. Kadang kala, proses metabolisma akan menghasilkan elektron tunggal dan adakalanya juga oksigen akan menerima elektron tunggal ini.  Dengan itu, atom oksigen ini akan berubah menjadi radikal bebas kesan daripada menerima elektron tunggal sedemikian.

Terdapat beberapa lagi perkara yang boleh menyebabkan pembentukan radikal bebas di dalam tubuh badan kita seperti semasa sistem imun kita menentang jangkitan, pendedahan kepada pencemaran dan bahan - bahan toksik, radiasi, asap rokok dan lain - lain lagi. Pendedahan berterusan kepada faktor faktor ini boleh mengakibatkan pembentukan radikal bebas yang tidak terkawal dan seterusnya meningkatkan risiko kepada penyakit - penyakit kronik.

Kenapa kita perlu bimbang dengan pembentukaan radikal bebas ini? Ini adalah kerana ianya dapat mempengaruhi / menggugat kestabilan molekul lain dipersekitarannya.  Semasa radikal bebas ini berusaha untuk menstabilkan "dirinya", ia akan mengambil elektron dari atom lain yang stabil, dengan itu seterusnya lebih banyak radikal  bebas akan terhasil.  Ini adalah satu proses rantaian yang bahaya kerana sel akan rosak atau musnah dengan terhasilnya lebih banyak radikal bebas.

Contoh - contoh kawasan yang selalu dirosakkan oleh radikal bebas ini adalah seperti membran sel, protein sel dan DNA.  Kerosakkan yang terjadi pada kawasan - kawasan ini boleh menyebabkan pengangkutan bahan - bahan keluar dan masuk sel  akan terganggu,  mengubah fungsi protein dan mengganggu fungsi sel  kesan daripada kerosakkan DNA. Banyak penyakit - penyakit  yang boleh dikaitkan dengan penghasilan radikal bebas yang tidak terkawal seperti kanser, penyakit jantung, diabetes , arthritis, katarak, penyakit buah pinggang, alzheimer, parkinson dan lain - lain lagi.

The formation of free radicals in the lipid portion of our cell membranes
can cause a dangerous chain reaction that damages the integrity of the membrane and
can cause cell death. (b) Vitamin E is stored in the lipid portion of our cell membranes.
By donating an electron to free radicals, it protects the lipid molecules in our cell
membranes from being oxidized and stops the chain reaction of oxidative damage.

Jadi, bagaimana tubuh kita melawan / menentang radikal bebas dan memulihkan kerosakkan oleh radikal bebas ini?  Vitamin yang bersifat antioksida dan mineral dapat membantu untuk melakukan tugas - tugas ini dengan pelbagai cara seperti berikut :
 
1. Terdapat vitamin bersifat antioksida boleh dengan sendirinya mendermakan elektron atau molekul hidrogennya untuk menstabilkan radikal bebas dan seterusnya mengurangkan kerosakkan semasa proses pengoksidaan berlaku.

2.  Terdapat mineral yang bersifat antioksida yang berfungsi di dalam sistem enzim antioksida kompleks yang dapat menukarkan radikal bebas kepada bahan yang kurang berbahaya  dan seterusnya menyingkirkannya keluar dari badan. 

3. Terdapat juga bahan lain seperti beta - carotene dan beberapa jenis "Phytochemicals"  yang dapat membantu menstabilkan radikal bebas dan seterusnya menghalang kerosakan pada sel dan tisu.

4. Terdapat banyak enzim yang memerlukan mineral sebagai "cofactor"  sebagai pelengkap untuk fungsi mereka di dalam sistem enzim antioksida seperti selenium, copper, iron, zink dan manganese. 
Oleh itu, bantulah tubuh kita menentang radikal bebas ini dengan  menjalani gaya hidup sihat dan melalui pemakanan yang seimbang seperti sayur - sayuran atau buah - buahan. Digalakkan juga mengambil supplemen - supplemen yang berkualiti yang dapat memenuhi keperluan antioksida harian anda!.





Saturday, October 12, 2013

Vita-E Complex®

Vita-E Complex®
 Vita-E Complex contains naturally occurring vitamin E (d-alpha tocopherol) from vegetable oil. It also contains selenium, which complements the activity of vitamin E. A powerful fat-soluble antioxidant, vitamin E supports heart, brain & prostate health and promotes lung, colon and immune function.

Each softgel capsule provides:
•    400IU of naturally sourced vitamin E and 65mcg of selenium.
•    Helps in the maintenance of good health.
•    39.40mg Grape seed (Vitis vinifera) extract


No artificial flavours, sweeteners, colours, or preservatives added.


Saturday, September 7, 2013

Hujung Minggu ku!

Waahh....dah post kedua...Maklumlah new blogger.Semangat masih berkobar2.Anyway, hujung minggu kami sekeluarga kali in bermula dengan nasik goreng patayya!. Seawal pagi lagi aku dah start masak nasik,potong bawang dan pukul telur untuk buat nasik goreng patayya kegemaran anak dara yg baru berusia 3  tahun lebih itu...
Nak resepi? Silakan la google ye...hihihi...

Okeh.Hari ni kami sekeluarga ke office shaklee. Beli  sket supplemen2  feveret kami  seperti nutriferon, Vit E, ESP, Vit C , alfalfa dan tambahan sebotol COQhealth plus. Ada lg beberapa supplemen lain yg kami amalkan tapi kali ni cuma nak top up mana2 yg dah nak abis je dulu.


Berkenaan dengan supplemen2 yg sy sebutkan ni, sy akan terangkan pada posting2  akan datang. Untuk pengetahuan semua, kami sekeluarga minat gileerrr ngan supplemen Shaklee ni. Kepada yg berminat nak oder, bole aje. Bole makan sbg salah satu usaha penjagaan kesihatan badan kita.

Sesampai aje kat office Shaklee ni, orang punya la ramai.Hem, ini menggambarkan ramai jugak pengamal -  pengamal supplemen Shaklee ni.... Nasib baik byk kerusi disediakan, walaupun sesak dengan orang ramai tp masih selesa untuk menunggu giliran.Khidmat kaunter yg cekap dan ramah, buatkan pelanggan mcm kami ni rasa masa yg lama utk menunggu itu terasa mcm tak der apa pun...hihi...

Disebabkan anak dara ku sanggup menemani kami, ku hadiahkan dia puzzle Pinocchio ni. Anak sy ni memang gemar dengan permainan yang berunsurkan cantum cantum @  binaan. Dah berjenis2  puzzle dah jadi koleksinyer. Block2  binaan tu plak memang feveret dia laaa. Mcm2  rekaan anak sy dah berjaya bina guna block tu contohnya rumah, kapal terbang, bot dan bermacam lagi. Sebenarnya aktiviti mcm ni membina daya kreativiti selain dari kemahiran berfikir dia.




Diakhir hari, singgah jap di  Restoran Tat Nasi Ayam. Selain nasik ayam, teringin nak rasa tauhu bakar.