Thursday, October 31, 2013

Kekalkan Kesihatan Jantung Anda Dengan CoQHealth Plus

Penyakit jantung merupakan penyakit yang boleh membawa maut dan dianggarkan merupakan kira-kira 37.0% dari keseluruhan jumlah kematian di Malaysia. Diet yang sihat, bersenam dan berhenti merokok boleh membantu memperbaiki kesihatan jantung. Sejenis nutrien yang sangat penting untuk kesihatan jantung dikenali sebagai "coenzyme Q10" (CoQ10).

CoQ10 adalah bersifat larut lemak dan boleh dijumpai di setiap sel pada badan manusia. Ianya mempunyai peranan yang penting di dalam proses penghasilan tenaga dalam mitochondria yang mana ianya membantu menyediakan tenaga kepada keseluruhan bahagian tubuh kita.

Pengambilan supplemen CoQ10 sebenarnya dapat memberikan banyak manfaat kesihatan seperti :

1. Jantung yang lebih kuat dan sihat
CoQ10 membantu untuk meningkatkan penghasilan tenaga pada otot jantung, dan seterusnya meningkatkan kekuatan untuk melakukan pengepaman. Kajian juga telah menunjukkan bahawa CoQ10  dapat memperbaiki pengaliran darah, mengurangkan episod angina dan mengurangkan debaran jantung.


2. Tekanan darah dan paras kolestrol yang lebih sihat
Banyak kajian telah menunjukkan bahawa CoQ10 berpotensi untuk menurunkan tekanan darah secara semulajadi tanpa kesan sampingan. juga berperanan sebagai anti-oksida yang kuat, CoQ10 dapat menghalang pengoksidaan LDL(sejenis kolestrol tidak baik) dan mengelakkannya dari melekat dan dan menyumbat saluran darah.


3. Meningkatkan tenaga.
CoQ10 dapat meningkatkan paras tenaga , meningkatkan stamina dan mengurangkan keletihan. Kajian menunjukkan bahawa pengambilan supplemen CoQ10 setiap hari dapat mengurangkan 90% simptom keletihan.

4. Meningkatkan kecerdasan minda. 
CoQ10 memberi tenaga kepada sel otak dan seterusnya membantu meningkatkan kecerdasan mental, memori dan kebolehan kognitif. Kajian juga menunjukkan bahawa pengambilan supplemen CoQ10 dapat menurunkan frekuensi serangan migrain, sakit kepala dan rasa loya.

5. Kulit kelihatan lebih muda
CoQ10 dapat memperbaiki pengaliran darah yang membekalkan tisu kulit dengan oksigen yang mencukupi dan nutrien yang penting untuk proses pembaik pulih  tisu dan pembentukan kolagen. Dengan itu, ianya dapat menggalakan kulit yang lebih anjal, berseri dan cerah.


6. Memperbaiki kesuburan
CoQ10 berperanan mengurangkan tekanan oksidatif yang mana telah terbukti dapat menyediakan persekitaran yang sihat untuk peningkatan jumlah sperma, pergerakan dan kualiti sperma. Selain itu, ianya juga dapat memperbaiki kualiti ovum pada wanita.







Walaupun secara semula jadinya badan kita dapat menghasilkan CoQ10, tetapi penghasilannya adalah berkurangan dengan peningkatan usia kita. Selain itu, agak sukar untuk mendapatkan CoQ10 melalui diet seharian kita. Untuk memastikan anda mendapat coenzyme Q10 yang mencukupi, pengambilan dalam bentuk supplemen boleh membantu untuk mengekalkan kesihatan badan.

Shaklee CoQHealth Plus adalah gabungan bahan-bahan semulajadi yang mengandung 28mg CoQ10 yang ditambah dengan  Vitamin E dan ekstrak Teh Hijau  yang dapat membantu dalam penghasilan tenaga  untuk memberi tenaga kepada jantung.

Produk ini disediakan dalam bentuk kapsul bioketersediaan dengan minyak kacang soya untuk memastikan penguraian maksimum bagi penyerapan yang lebih baik.



* This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases.








No comments: