Saturday, October 12, 2013

Pasar oh pasar.

Seperti selalu, rutin hujung minggu pun biasanya penuh dgn berbagai aktiviti. Mcm biasala, kunjungan ke pasar menjadi kemestian utk membeli barangan dapur. Sy lebih suka beli barang /  bahan mentah utk masak di pasar sbb pilihan agak byk dan harga pun boleh tahan juga. Tp kali ini suasana di Pasar Seksyen 6 sedikit lain. Suasana agak meriah dan org agak ramai,lain dari biasa.  Khidmat Pasukan Rela juga kelihatan utk membantu aliran trafik supaya lancar. Kawasan ruang parking pun cepat sungguh penuh dan trafik agak perlahan jadi kami terpaksa parking jauh sikit, di luar kawasan pasar.






Mungkin kemeriahan Aidiladha semakit hampir, jadi org ramai membuat persiapan membeli baragan dapur. Antara barangan yg mendapat sambutan sudah pasti rempah , ayam, daging dan mungkin juga ikan. Kelihatan daun palas dan ketupat dijual dan  ramai orang kelihatan membelinya. 


Sy pun memulakan la operasi mengangkut bahan2 yg perlu. Antara barangan yg sy borong adalah seperti daun palas, daun ketupat yg  dah disulam (nak sulam sendiri memang mimpi la ), halia, lengkuas, serai, beras pulut, kacang dll. Sy plan nak buat ketupat palas dan ketupat nasik pada Aidiladha nanti di samping rendang. Nanti sy share resepi Rendang istimewa edisi 2013 ku.


So, malam ni bermula la aktiviti membuka daun palas sbg persiapan untuk membuat ketupat palas. Ni la 1st time sy buat ketupat sendiri di sini selain dari kebiasaan di kampung bila dekat time nak raya. Harap2 menjadi laaaa.......



Terima Kasih Singgah Dan Follow "Aku Dan Vitaminku"

No comments: