Wednesday, October 30, 2013

Sustained Release Vita-C Plus.

Vitamin C merupakan anti-oksida yang  kuat dan berkesan dan mempunyai fungsi yang pelbagai di dalam badan kita. Badan kita memerlukan Vitamin C untuk menyokong kesihatan kulit, pembentukan kolagen, tulang, gigi dan gusi, otot, sendi rawan dan saluran darah. Selain itu ,vitamin C juga dapat menghalang kerosakan sel yang diakibatkan oleh pencemaran alam sekitar, tekanan, asap  dan tabiat pemakanan yang tidak seimbang.
Badan kita tidak dapat menghasilkan dan menyimpan vitamin C ini dan disebabkan itu ianya akan hilang semasa kita melakukan aktiviti harian. Oleh yang demikian, badan kita memerlukan bekalan yang berpanjangan. Walaubagaimanapun, pelbagai jenis buah-buahan sitrus yang kita makan pada masa kini sebenarnya cuma membekalkan sedikit sahaja kandungan vitamin C. Sebagai contoh, buah oren bersaiz sederhana cuma mengandungi kira-kira 66mg vitamin C manakala separuh buah anggur cuma mengandungi kira-kira 37mg vitamin C.  Sebagai perbandingan,  Sustained Release Vita-C Plus semulajadi ini dapat membantu menyediakan jumlah vitamin C yang diperlukan.


Kenapa perlu memilih Shaklee  Sustained Release Vita-C Plus ?
Ianya mengandungi 500mg vitamin C semulajadi yang diperoleh dari sumber jagung (yang mengandungi sumber vitamin C semulajadi)  dan dapat menyediakan jumlah vitamin C yang banyak seperti  yang dinyatakan pada label. Vitamin C yang diperolehi dari cara ini sebenarnya adalah sama dari segi molekul yang terbentuk pada buah-buahan sitrus itu sendiri.
"Sustained Release System " ini secara perlahan - lahan akan  melepaskan vitamin C  ke dalam badan dalam tempoh 5 jam untuk memastikan  bekalan vitamin C tersedia untuk digunakan pada masa ianya diperlukan oleh badan. Ianya seumpama memakan buah 1.5 buah oren pada setiap jam dalam tempoh 5 jam!.

Shaklee juga menambahkan bahan-bahan  dan sebatian semulajadi yang lain ke dalam tablet vitamin C ini iaitu 120mg "Citrus Bioflavonoid Complex" . "Citrus Bioflavonoid Complex" ini telah terbukti dapat meningkatkan penyerapan vitamin C  dan meningkatkan keberkesanannya.
Bioflavonoids bertindak bersama dengan Vitamin C untuk membantu mengekalkan kapilari darah yang nipis dan seterusnya menghalang pendarahan atau lebam.  Bioflavonoid juga dikaitkan dengan kesan anti-bakteria, merangsang  penghasilan hempedu,  mengekalkan tahap kolestrol yang sihat , penglihatan yang baik,  melawan alahan, asma dan lain-lain lagi. Bioflavonoid juga secara efektif digunakan sebagai rawatan dalam kecederan sukan kerana ianya mempunyai sifat melegakan kesakitan.  Selain itu,  ianya juga boleh digunakan untuk melegakan kesakitan pada kaki dan bahagian belakang.
Oleh itu , apa tunggu lagi, bersama-sama kita merasai kehebatan Vita - C Plus ini, hari ini!.

No comments: