Saturday, October 19, 2013

Supplemen Pilihan kami

Pernah dengar tak mengenai supplemen? Sy pasti,  kebanyakkan daripada kita pernah mengambil sebarang supplemen sebagai pemakanan tambahan untuk melengkapi kekurangan nutrisi makanan. Makanan atau Supplemen? Kedua2nya boleh membantu menyediakan nutrien untuk mengekalkan kesihatan dan keseimbangan badan.
Ada di antara kita tidak mengambil berat dengan apa yang kita makan dan ambil sehari harian sehinggalah satu atau beberapa masalah kesihatan mula menunjukkan simptom. Untuk sesetengah orang, pada tahap itu adalah sudah terlambat. Kesan dari tabiat pemakanan yang tidak sihat selama bertahun tahun tidak dapat dibetulkan dengan singkat atau semalaman sahaja. Pencegahan adalah polisi penjagaan kesihatan yang terbaik yang saya sarankan. Dalam tempoh masa yang panjang, ia tidaklah memerlukan kos yang mahal. Makan secara betul dan sihat dan pilihan yang baik adalah sangat penting. Pada masa tua nanti anda pasti gembira kerana anda telah membuat langkah pencegahan dari awal awal lagi.....
Walau bagaimanapun seperti yang kita tahu, terdapat banyak jenis pilihan makanan yang terdapat pada masa kini adalah dari jenis makanan siap diproses, di masak pada suhu tinggi, dipasturkan dan juga kurang dari segi kandungan nutrien yang penting akibat  ditanam dan tumbuh di tanah yang telah digunakan dalam tempoh yang lama. Senario yang biasa kita lihat adalah ramai antara kita menggunakan dan mengambil makanan yang di proses, sejuk beku dan mempunyai kandungan pengawet dan pewarna tiruan. Makanan seperti ini biasanya mudah diperolehi, lebih murah dan senang untuk disediakan. Oleh yang demikian, adakah pengambilan makanan tersebut betul betul berkhasiat dan dapat memberi manfaat kepada badan kita?

Melihat kepada cadangan pemakanan pada piramid pemakanan untuk rutin seharian, bukan mudah untuk memenuhi keperluan tersebut setiap hari. Tambahan pula, berapa ramai di antara kita yang mempunyai masa untuk mengunjungi pasar untuk membeli bahan mentah segar dan meluangkan masa untuk memasak dan memasak dengan cara yang betul dan sihat?
Oleh itu, supplemen boleh membantu untuk kita mencapai tahap nutrisi yang secukupnya. Walaubagaimanapun, bukan semua vitamin yang terdapat di pasaran dihasilkan dari punca semula jadi seperti sayur- sayuran dan buah- buahan. Kebanyakkan dari vitamin yang mudah, murah dan banyak terdapat di pasaran adalah dari jenis sintetik. Saya sendiri juga pernah menggunakan dan mengambil pil - pil vitamin dari jenis sintetik ini dan melalui pengalaman saya sendiri ianya hanya memberi sedikit  ataupun tidak merasa apa2 perubahan pun setelah berbulan memakannya.

Oleh itu, saya mula bertukar kepada vitamin / supplemen yang berasaskan "Natural" dan dalam pencarian saya itu, saya dipertemukan dengan Shaklee lebih kurang beberapa bulan yang lepas. Apa yang menariknya mengenai Produk Shaklee ini, ianya 100% selamat untuk diambil kerana ianya mengandungi bahan-bahan yang bersumberkan semulajadi  dan TIDAK mengandungi bahan bahan kimia berbahaya, pengawet, perasa tiruan, pewarna tiruan bahkan bahan pembungkusan supplemen ini pun bebas Toksin Bisphenol. Oleh itu, kepada sesiapa yang sensitif kepada pengawet atau bahan tiruan, adalah tidak menjadi masalah untuk menjadi pengguna produk Shaklee ini.
Berikut merupakan senarai bahan-bahan yang TIDAK terkandung di dalam produk Shaklee:
  • NO Parabens
  • NO Triclosan
  • NO Phthalates
  • NO Sodium Lauryl Sulfate (SLS)
  • NO Sodium Lauryl Ether Sulfate (SLES)
  • NO 1,4-Dioxane
  • NO Propylene Glycol
  • NO Volatile Organic Cleaning Compounds (VOCs)
  • NO Hydrochloric Acid
  • NO Ammonia
  • NO Sodium Hydroxide
  • NO Butyl Cellosolve
  • NO Formaldehyde
  • NO Bisphenol-A
  • NO Petroleum Distillates
  • NO Toulene
  • NO Chlorine Bleach
  • NO MSG
  • NO Dyes
  • NO Trans Fats
  • NO Artificial Sweeteners
  • NO Toxic Inks
  • NO Banned Substances
Cuba periksa label supplemen anda, adakah sebarang bahan-bahan bahan mencurigakan dan adakah pengeluar supplemen tersebut memberikan sebarang jaminan yang produk mereka bebas bahan-bahan pengawet tiruan,perasa tiruan, pewarna tiruan dan sebagainya dalam produk tersebut? Apakah anda rasa selamat untuk mengambilnya setiap hari setelah anda tahu bahawa ianya mengandungi bahan-bahan tersebut?

Selain itu,keyakinan saya bertambah untuk menggunakan produk Shaklee ini kerana Shaklee menjalankan lebih 350 ujian untuk mengesan sebarang logam berat, racun dan berbagai jenis bahan pencemar yang berbahaya di dalam "ingredients" mereka dan sehingga lebih 80,000 ujian kualiti setahun untuk mengesahkan ketulinan dan keselamatan setiap produk mereka. Melalui jaminan jaminan ini, saya sentiasa dan bertambah yakin bahawa produk Shaklee ini selamat diambil setiap hari. 

Jadi, kenapa perlu ambil supplemen berasaskan "Natural"?? Faktor penyerapan adalah faktor yang penting kerana supplemen berasaskan "Natural" adalah lebih mudah diserap oleh badan dan seterusnya memberi manfaat kepada badan iaitu kesihatan yang lebih baik dan "value for money "........kerana setiap sen yang dibelanjakan untuk supplemen tersebut sebenarnya tidak dibazirkan kerana ianya dimanfaatkan oleh badan tanpa kita sedari. Sayangi badan kita dengan memberikan cuma yang TERBAIK, SIHAT dan SELAMAT.


Terima Kasih Singgah Dan Follow "Aku Dan Vitaminku"

No comments: