Tuesday, October 22, 2013

B Complex, Vitamin yang penting.



Vitamin B Complex sangat penting dalam proses menukarkan makanan kepada tenaga. Terdapat banyak sebab mengapa sestengah individu memerlukan pengambilan lebih vitamin B complex dan antara tanda kekurangan vitamin penting ini adalah seperti cepat marah, murung, cepat letih, moody, kulit nampak kusam, tension.

Beberapa perkara yang menyebabkan bekalan vitamin B boleh berkurangan antaranya adalah :

·         1.Vitamin B larut air dan tidak dapat disimpan oleh badan dan ianya mesti diambil dalam diet seharian kita
·         2. Pengambilan gula secara berlebihan juga boleh menghapuskan vitamin B
·         3. Stress mental dan fizikal.  
     4. Haba juga dapat mengurangkan kandungan vitamin B. Dalam proses penyediaan makanan, vitamin B sensitif kepada haba yang sering dimusnahkan.
5. Pendedahan kepada alkohol bole mengurangkan vitamin B dalam badan.

Terdapat berbagai jenis vitamin B dan secara semulajadinya , vitamin B ini boleh diperolehi dari pelbagai sumber.  Pengambilan vitamin B adalah penting kerana setiap satu daripadanya mempunyai fungsi - fungsi tertentu yang penting di dalam badan kita :



 Thiamin - juga dikenali sebagai vitamin B1. Ianya mempunyai fungsi penting seperti  membantu memecahkan dan melepaskan tenaga dari makanan dan memelihara kesihatan saraf dan tisu otot. Punca makanan yang mengandungi banyak sumber vitamin B1 ini adalah seperti telur, sayur, hati dsbnya. 



Riboflavin - juga dikenali sebagai vitamin B2. Ianya mempunyai fungsi penting seperti  memelihara kesihatan mata, kulit dan "nervous system". Ianya juga membantu badan untuk melepaskan tenaga dari makanan berkarbohidrat. Sumber - sumber vitamin jenis ini dapat diperolehi dari  susu, telur, nasi dsbnya. 



Niacin - juga dikenali sebagai vitamin B3. Ianya mempunyai fungsi penting seperti  membantu dalam proses penghasilan tenaga dan mengekalkan kesihatan penghadaman dan fungsi  " nervous system" yang baik.  Sumber - sumber vitamin jenis ini dapat diperolehi daripada daging, ikan, telur, susu gandum dsbnya.


 
Pantothenic Acid - juga dikenali sebagai vitamin B5. Ianya mempunyai fungsi penting seperti membantu dalam proses penghasilan tenaga. Sumber - sumber vitamin jenis ini dapat diperolehi daripada ayam, kentang, telur, brokoli, bijirin penuh dsbnya. 




 
Pyridoxine - juga dikenali sebagai vitamin B6. Ianya mempunyai fungsi penting seperti  membantu badan untuk menggunakan dan menyimpan tenaga dari sumber protein dan karbohidrat serta membantu dalam proses pembentukan haemoglobin. Ianya juga penting dalam menyokong sistem imun. Sumber - sumber vitamin jenis ini dapat diperolehi daripada ayam, roti,  nasi, kacang soya, susu, kentang dsbnya. 


 Biotin - juga dikenali sebagai vitamin B7. Ianya mempunyai fungsi penting seperti  menyokong fungsi kelenjar adrenal, membantu proses metabolik badan dan memelihara kesihatan "nervous system". Biotin juga penting dalam proses metabolisma karbohidrat dan lemak.  Sumber - sumber vitamin jenis ini dapat diperolehi daripada  kuning telur, susu, jagung, ikan, ayam, cheese dsnbya. 


Folic Acid - juga dikenali sebagai  folate atau vitamin B9. Ianya mempunyai fungsi penting seperti  bersama-sama vitamin B12  untuk membantu dalam pembentukan sel darah merah yang sihat dan boleh membantu mengurangkan risiko kecacatan pada bayi seperti Spina Bifida. Juga, penting dalam pembentukan dan pemeliharaan DNA yang baik. Sumber - sumber vitamin jenis ini dapat diperolehi daripada bayam, brokoli, asparagus dsbnya.


Cobalamin - juga dikenali sebagai vitamin B12. Ianya mempunyai fungsi penting seperti  membantu pembentukan sel darah merah dan memelihara kesihatan "nervous system". Ia juga penting dalam proses pembebasan tenaga dari sumber makanan dan penggunaan Folik Asid oleh badan.  Sumber - sumber vitamin jenis ini dapat diperolehi daripada daging, ikan kod, susu, cheese dsbnya.

Melalui pembacaan sy, terdapat juga laporan yang mengatakan bahawa dengan pengambilan Vitamin B tertentu  dapat memberikan manfaat kesihatan seperti vitamin B1 dipercayai dapat mengurangkan risiko penyakit buah pinggang bagi penghidap diabetis type 2 dan mengurangkan risiko katarak, vitamin B2 dipercayai dapat mengurangkan migrain, vitamin B3 dipercayai dapat mengurangkan kolestrol, vitamin B6 dipercayai dapat mengurangkan risiko penyakit jantung dan melegakan simptom PMS, vitamin B9 dipercayai dapat mengurangkan risiko kanser payudara, kanser pankreas, vitamin B12 dipercayai dapat mengurangkan risiko kanser serviks dan mengurangkan paras homocysteine.
Melihatkan kepada kepelbagaian fungi vitamin B kompleks ini, dapat disimpulkan bahawa kepentingan dan pengambilannya dalam diet seharian kita adalah cukup penting.  Untuk itu, terdapat alternatif lain untuk mendapatkan bekalan vitamin B kompleks seharian iaitu melalui supplement yang berkualiti dan mengandungi kesemua 8 jenis vitamin ini. Shaklee menawarkan produk yang dapat membekalkan kesemua 8 jenis vitamin termasuk biotin. Selain itu,  Patented Bioactivated Absorption System™  oleh Shaklee dapat membantu penyerapan vitamin B kritikal seperti Folik Asid oleh badan. Oleh itu, manfaat sepenuhnya dapat dimaksimumkan dengan pengambilan vitamin B dari Shaklee ini. Oleh itu, dapatkan produk ini sekarang untuk merasai kesihatan yang sebenar dan lebih baik untuk memaksimumkan potensi diri anda semasa bekerja atau pun semasa melakukan aktiviti kegemaran anda!.



These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease

No comments: