Thursday, November 7, 2013

Sistem Limfa - Sistem Pertahanan badan yang penting.


Apa yang kita tahu berkenaan sistem ini?Ia merupakan satu sistem yang penting yang berperanan untuk mengekalkan kesihatan tubuh badan kita. So, post kali ini sy nak share sedikit mengenai sistem limfa. 

 Fungsi utama sistem limfa ini adalah untuk mengangkut bendalir limfa , sejenis cecair tanpa warna yang mengandungi sel darah putih yang dapat membantu tubuh kita menghapuskan toksin, mengangkut nutrien, melawan jangkitan virus dan bakteria, dan menjalankan fungsi "detoxification" kepada tubuh badan daripada sel - sel kanser , bahan - bahan buangan dan logam berat.

Sistem limfa ini merupakan satu jaringan yang interaktif yang berhubung diantara tisu dan organ.  Dalam sistem ini, ia dibentuk daripada organ (nodus limfa, spleen dan thymus dll )  saluran limfa dan bendalir limfa itu sendiri.  Terdapat kira - kira 600 - 700 nodus limfa dalam tubuh manusia yang melakukan proses saringan bendalir limfa sebelum ianya kembali ke sistem peredarannya . Sebagai contoh, apabila bakteria dikesan didalam bendalir limfa, nodus limfa akan menghasilkan lebih banyak sel darah putih untuk menentang jangkitan. 
 

Tidak seperti aliran darah yang beredar dalam satu kitaran yang bersambungan , bendalir limfa mempunyai aliran ke arah satu aliran sahaja di dalam sistemnya yang tersendiri.  Sistem pengalirannya yang tidak berhubung dengan jantung dan ianya tidak mempunyai organ khusus untuk proses pengepaman (seperti jantung untuk peredaran darah) oleh yang demikian ia bergantung kepada aktiviti - aktiviti tertentu yang boleh menjana proses pengepaman untuk merangsang proses peredarannya. Antara aktiviti - aktiviti yang boleh membantu proses pengalirannya adalah seperti urutan luaran, berjalan,  bersenam dan lain lain lagi. Dengan itu, jadikan aktiviti - aktiviti ini salah satu aktiviti harian anda untuk membantu sistem limfa anda berfungsi dengan lebih baik dan optimum. Selain dari aktiviti - aktiviti di atas, terdapat beberapa aktiviti unik yang dapat membantu pengaliran sistem ini antaranya adalah aktiviti " rebounding" menggunakan trampolin. 

Ramai antara kita tidak menyedari ada ketikanya sistem ini tidak berfungsi dengan baik kerana kita tidak membantunya untuk melakukan fungsinya dengan optimum. Antara tanda - tanda  sistem limfa yang lemah adalah  seperti nodus membengkak. Selain itu  simptom sinusitus, kurang bermaya, tekanan darah tinggi, arthritis, sakit kepala dan lain - lain lagi mungkin boleh dikaitkan dengan lemahnya sistem ini.  Mengapa sistem ini boleh menjadi lemah?? Salah satunya adalah kerana sistem peredarannya yang tidak baik atau pun tidak lancar.  Bila pengalirannya menjadi tidak lancar, bahan - bahan nutrien tidak dapat diangkut dengan baik, toksin tidak dapat dikeluarkan dan pengumpulan virus dan bakteria di nodus limfa dan seterusnya badan akan menjadi lebih toksik.  Dan bila keadaan ini terjadi,  penyakit akan mula menjelma.

Kembali kepada aktiviti "rebounding" menggunakan trampolin tadi, apa yang sebenarnya yang berlaku semasa aktiviti ini dalam membantu fungsi sistem limfa ?? Bendalir limfa mengalir dalam saluran yang mempunyai injap sehala yang menyebabkan bendalir ini mengalir sehala.  Lompatan merupakan salah satu cara untuk merangsang pengaliran bendalir di dalam saluran limfa. Ritma ke atas dan ke bawah semasa melompat boleh menyebabkan injap sehala untuk terbuka dan tertutup  dan seterusnya menjana pengaliran bendalir tersebut.  Lompatan ke arah atas yang mana menentang tarikan graviti akan menyebabkan injap saluran bendalir limfa tertutup manakala pergerakan ke bawah pula akan melegakan tekanan pada injap dan menyebabkanya terbuka.

Bendalir limfa secara semulajadinya bergerak agak perlahan lebih kurang 4 ounce bendalir pada setiap jam. Secara perbandingan, apabila kita tidak aktif, cuma kira - kira 1/5 atau 2/5 sudu teh pergerakan bendalir limfa setiap minit dan kira - kira sehingga 4 sudu teh apabila melakukan "rebounding". Aktiviti "rebounding" ini sebenaryna akan menguatkan setiap sel di dalam badan tanpa memberikan impak kepada otot, tisu dan "joint" seperti mana yang mungkin berlaku apabila melakukan senaman atau aktiviti sukan lain.

Oleh itu, mari lah kita bersama - sama melakukan aktiviti - aktiviti yang dapat membantu menguatkan sistem pertahanan badan kita dengan membantu sistem limfa berada dalam keadaan yang optimum. Lakukanlah aktiviti fizikal dan beri masa kepada badan untuk kembali sihat dan bertenaga dan merasai kesan yang positif.

No comments: