Antioksida merupakan satu sebatian yang
melindungi sel dari kerosakkan yang diakibatkan oleh proses pengoksidaan.
Bagaimana pengoksidaan berlaku? Semasa proses metabolisma di dalam badan
berlaku, atom akan kehilangan sebahagian elektron, dan kehilangan elektron ini
dinamakan pengoksidaan kerana dalam proses ini, oksigen digunakan.
Apabila suatu atom kehilangan elektronnya
semasa proses pengoksidaan, ada diantara elektronnya berada dalam keadaan tidak
berpasangan. Dalam sesetengah keadaan, 2 atom yang kehilangan elektron akan
bergabung dan membentuk molekul yang stabil.
Tetapi, dalam sesetengah kes pula, terdapat atom - atom yang kekal dalam
kekurangan elektron dan berkeadaan tidak stabil . Atom - atom yang kekurangan
elektron ini dinamakan "radikal bebas".
Selain itu, proses metabolisma tenaga juga
dapat meningkatkan radikal bebas ini. Untuk menghasilkan tenaga, badan kita
akan menggunakan hidrogen dan oksigen. Kita sentiasa menyedut oksigen semasa
pernafasan manakala dalam peringkat sel pula,
kita menghasilkan hidrogen hasil daripada proses pencernaan dan
penyerapan makanan. Kadang kala, proses metabolisma akan menghasilkan elektron
tunggal dan adakalanya juga oksigen akan menerima elektron tunggal ini. Dengan itu, atom oksigen ini akan berubah menjadi
radikal bebas kesan daripada menerima elektron tunggal sedemikian.
Terdapat beberapa lagi perkara yang boleh
menyebabkan pembentukan radikal bebas di dalam tubuh badan kita seperti semasa
sistem imun kita menentang jangkitan, pendedahan kepada pencemaran dan bahan -
bahan toksik, radiasi, asap rokok dan lain - lain lagi. Pendedahan berterusan
kepada faktor faktor ini boleh mengakibatkan pembentukan radikal bebas yang
tidak terkawal dan seterusnya meningkatkan risiko kepada penyakit - penyakit
kronik.
Kenapa kita perlu bimbang dengan
pembentukaan radikal bebas ini? Ini adalah kerana ianya dapat mempengaruhi /
menggugat kestabilan molekul lain dipersekitarannya. Semasa radikal bebas ini berusaha untuk
menstabilkan "dirinya", ia akan mengambil elektron dari atom lain
yang stabil, dengan itu seterusnya lebih banyak radikal bebas akan terhasil. Ini adalah satu proses rantaian yang bahaya
kerana sel akan rosak atau musnah dengan terhasilnya lebih banyak radikal
bebas.
Contoh - contoh kawasan yang selalu
dirosakkan oleh radikal bebas ini adalah seperti membran sel, protein sel dan
DNA. Kerosakkan yang terjadi pada
kawasan - kawasan ini boleh menyebabkan pengangkutan bahan - bahan keluar dan
masuk sel akan terganggu, mengubah fungsi protein dan mengganggu fungsi
sel kesan daripada kerosakkan DNA.
Banyak penyakit - penyakit yang boleh
dikaitkan dengan penghasilan radikal bebas yang tidak terkawal seperti kanser,
penyakit jantung, diabetes , arthritis, katarak, penyakit buah pinggang, alzheimer,
parkinson dan lain - lain lagi.
Jadi, bagaimana tubuh kita melawan / menentang radikal bebas dan memulihkan kerosakkan oleh radikal bebas ini? Vitamin yang bersifat antioksida dan mineral dapat membantu untuk melakukan tugas - tugas ini dengan pelbagai cara seperti berikut :
1. Terdapat vitamin bersifat antioksida
boleh dengan sendirinya mendermakan elektron atau molekul hidrogennya untuk
menstabilkan radikal bebas dan seterusnya mengurangkan kerosakkan semasa proses
pengoksidaan berlaku.
2.
Terdapat mineral yang bersifat antioksida yang berfungsi di dalam sistem
enzim antioksida kompleks yang dapat menukarkan radikal bebas kepada bahan yang
kurang berbahaya dan seterusnya
menyingkirkannya keluar dari badan.
3. Terdapat juga bahan lain seperti beta -
carotene dan beberapa jenis "Phytochemicals" yang dapat membantu menstabilkan radikal
bebas dan seterusnya menghalang kerosakan pada sel dan tisu.
4. Terdapat banyak enzim yang memerlukan
mineral sebagai "cofactor"
sebagai pelengkap untuk fungsi mereka di dalam sistem enzim antioksida
seperti selenium, copper, iron, zink dan manganese.
Oleh itu, bantulah tubuh kita menentang
radikal bebas ini dengan menjalani gaya hidup sihat dan
melalui pemakanan yang seimbang seperti sayur - sayuran atau buah - buahan. Digalakkan juga mengambil supplemen - supplemen yang berkualiti yang dapat memenuhi keperluan antioksida harian anda!.
No comments:
Post a Comment