Thursday, November 14, 2013

Vita-E Complex



Vitamin E mula dikenali pada sekitar tahun 1930an dan ianya bersifat larut lemak dan adalah sejenis antioksida yang sangat penting.  Secara amnya, vitamin E berperanan sebagai antioksida dengan menjaga integriti  dan kestabilan tisu dan membran tubuh daripada serangan radikal bebas yang boleh menyebabkan kerosakan dan seterusnya penyakit - penyakit kronik tertentu. Ia juga menyokong fungsi kardiovaskular dan sistemnya, sistem imun dan penglihatan.

Vitamin E terbahagi kepada 2 kumpulan iaitu "tocotrienols" dan "tocopherols". Sebatian dari kumpulan "tocopherols" adalah aktif secara biologinya di dalam badan. Terdapat pula 4 jenis sebatian "tocopherols" iaitu alpha, beta, gamma dan delta.  "alpha- tocopherols" merupakan bentuk sebatian yang paling kuat dan aktif daripada keempat -empat jenis yang dinyatakan tadi.  
 Fungsi Vitamin E sebagai antioksida yang bermaksud vitamin E akan mendermakan elektronnya kepada radikal bebas dan seterusnya menstabilkannya radikal bebas tersebut.  Apabila vitamin E ini telah teroksida, ia akan dikeluarkan dari badan ataupun boleh diaktifkan semula oleh vitamin antioksida lain seperti vitamin C.  Disebabkan vitamin E lazimnya terdapat di tisu adipose dan sel membran, maka ia secara relatifnya akan lebih melindungi  "polyunsaturated fatty acids (PUFA) dan lain - lain komponen lemak pada sel membran dari mengalami pengoksidaan.  Berikut merupakan antara fungsi - fungsi penting vitamin E yang lain :
1. Melindungi  LDL daripada teroksida yang seterusnya dapat mengurangkan risiko penyakit jantung.
2. Melindungi membran sel darah merah dari teroksida.
3. Melindungi sel - sel paru-paru dari teroksida.
4. Meningkatkan fungsi  imun dengan memberi perlindungan kepada sel darah putih dan komponen - komponen lain dalam sistem imun dengan itu dapat membantu tubuh menentang penyakit.
5. Ianya juga dapat membantu meningkatkan penyerapan vitamin A.
6. Berpotensi mengurangkan  risiko atau melambatkan pembentukan katarak.
7.  Menghalang pembentukan tumor.
8.  Mengurangkan risiko kanser perut dan kanser rektum pada wanita

Banyak bukan kebaikan Vitamin E ini?? Tetapi pengambilan vitamin E perlulah dari sumber yang semulajadi (natural)  kerana ianya lebih selamat diambil dan lebih mudah diserap oleh badan.  Untuk mengenali vitamin E dari sumber "natural", bacalah pada label botol tersebut.  d-alpha- tocopherol menandakan ianya adalah dari sumber semula jadi manakala jika terdapat  huruf "l" atau "dl" ia menandakan vitamin tersebut dari sumber sintetik. 
Kenapa perlu memilih Vita- E Complex dari Shaklee? ? Sy merupakan pengguna setia Vita - E Complex ini setiap hari dan telah merasai kebaikan dari penggunaannya. Antara sebab sy memilih produk Shaklee ini kerana :
1. Vitamin E dalam Vita-E Complex ini bersumberkan semulajadi. (natural), oleh itu sy yakin badan sy menyerap vitamin ini lebih baik. Ia mengandungi d-alpha- tocopherol  yang seperti sy terangkan tadi adalah aktif secara biologinya di dalam badan dan merupakan bentuk sebatian yang paling kuat dan aktif .
2. Ianya mengandungi Selenium
3. Ianya juga mengandungi ekstrak biji anggur.
4. Mudah ditelan
5. Warna kapsul yang menarik...hehe

Selenium merupakan sejenis mineral  yang sangat diperlukan oleh badan kita.  Lebih kurang 50% ke 90% selenium akan diserap melalui usus kecil.  Selenium berperanan dalam fungsi antioksida  apabila menjadi  sebahagian daripada sistem enzim glutathione peroxidase yang dapat menguraikan hidrogen peroksida yang terbentuk di dalam badan, dengan itu  ia dapat mengelakkan pembentukan radikal bebas. Selenium dan vitamin E berperanan bersama untuk mengelakkan kerosakkan oksidatif kepada lipid dan mengurangkan kerosakkan kepada membran sel. Selain itu, selenium juga diperlukan dalam pembentukan thyroxine, sejenis hormon tiroid dan penting untuk kawalan suhu badan.  Ia juga berperanan penting dalam fungsi imun dan beberapa jenis kanser dilaporkan berkait rapat dengan kekurangan selenium. 
Ekstrak biji anggur pula memainkan peranan penting dan memberikan beberapa kebaikan kepada tubuh badan antaranya :
1. Mengandungi "Flavonoid phytonutrients " yang Juga berperanan sebagai antioksida . Ia mengandungi 95%  Kompleks Oligomeric Proanthocyanidin, OPC yang merupakan antara ekstrak antioksida yang kuat.
2.  OPC membantu tubuh untuk menghasilkan glutathione yang dapat melindungi DNA dan menguatkan sistem imun.
3. Memperbaiki peredaran oksigen didalam badan.
4. Melindungi tisu lembut pada tisu hubungan (joint tissue)  dan kulit dari radikal bebas dan penuaan pramatang. Bila sebut mengenai perlindungan penuaan pra - matang ini bermakna ia dapat membantu kulit kelihatan muda dan sihat.
5. Memperlahankan pertumbuhan kanser dan boleh menyebabkan kematian sel - sel kanser. Selain itu , ia juga dapat membantu hati mengeluarkan toksik dan seterusnya mengurangkan pertumbuhan sel kanser pada  payudara, perut, kolon, prostat dan paru - paru.

Setiap kapsul Vita-E Complex ini mengandungi 400IU  d-alpha- tocopherol, 65.00mcg Selenium dan 39.40mg Grape Seed Extract. Ia didatangkan dengan 120 biji kapsul yang mana jika dimakan ikut sukatannya dapat bertahan selama 4 bulan!. Dengan jumlah kapsul dan kebaikan serta khasiat yang terkandung, dapat disimpulkan bahawa harga yang ditawarkan amat la berbaloi..Segeralah dapatkan sebotol untuk mencuba kebaikan dan merasai kesihatan yang lebih baik.

No comments: