Pemilihan bahan / alatan permainan anak - anak sangat penting dalam membina bakat dan mengembangkan kreativiti dan imiginasi serta perlu lah disesuaikan dengan hobi dan minat anak itu sendiri.
Memang kalau diikutkan pelbagai permainan yang minta untuk dibelikan oleh anak saya tetapi sy akan menghadkan jenis permainan apa yang sepatutnya dimain dan sudah tentu dan pasti ianya perlu la selamat, tidak toksik dan tidak tajam dan mencederakan. Sy perhatikan kanak - kanak sekiranya diberi permainan yg menguji minda seperti jigsaw puzzle atau pun permainan yang susun-susun seperti blok-blok binaan akan lebih kreatif dan lebih cepat belajar. Kadang kala sy akan bermain bersama dengan anak saya supaya sambil- sambil bermain boleh la kita selitkan sedikit pelajaran dan pengajaran.



