Saturday, May 3, 2014

Permainan Apa Kali ni?

Pemilihan bahan / alatan permainan anak - anak sangat penting dalam membina bakat dan mengembangkan kreativiti dan imiginasi serta perlu lah disesuaikan dengan hobi dan minat anak itu sendiri. 

Memang kalau diikutkan pelbagai permainan yang minta untuk dibelikan oleh anak saya tetapi sy akan menghadkan jenis permainan apa yang sepatutnya dimain dan sudah tentu dan pasti ianya perlu la selamat, tidak toksik dan tidak tajam dan mencederakan. Sy perhatikan kanak - kanak sekiranya diberi permainan yg menguji minda seperti jigsaw puzzle atau pun permainan yang susun-susun seperti blok-blok binaan akan lebih kreatif dan lebih cepat belajar. Kadang kala sy akan bermain bersama dengan anak saya supaya sambil- sambil bermain boleh la kita selitkan sedikit pelajaran dan pengajaran.


Baru - baru ini anak sy meminta permainan yg pernah dia lihat di sebuah supermarket sebelum ini. Disebabkan sudah berjanji dengannya sebelum ini, maka janji kena la ditunaikan. Itu pun satu pelajaran yg penting. Maka, dengan itu berkunjunglah kami ke sebuah shopping complex di Shah Alam untuk mendapatkan mainan tersebut. Kalau di zaman sy kecil - kecil dahulu belum tentu dapat permainan sebegini lebih lebih lagi yg berharga puluhan ringgit. Mimpi sahaja la..Tp kini zaman pun telah berubah dan apalah salahnya jika sesekali menghadiahkan permainan yg mereka suka demi perkembangan minda dan fizikal mereka bukan?...Dan yang penting jangan berlebihan dan membazir...













Ok ni ler permainan yg diidamkan oleh anak perempuan sy ni. Berminggu minggu dia sebut nak permainan "pasang-pasang yang kaler -kaler" . Mcm tu lah gambaran anak sy terhadap permainan ni. Baiklah......sy pun mengiyakan permintaannya..Bukan main seronok btul dia bila mendapat "green light" dari sy. Bila kotak dibuka, kepingan blok tersebut dibungkus di dalam plastik lutsinar. Ada berbelas kepingan blok binaan yang pelbagai warna. Warna yg pelbagai menarik perhatian kanak kanak.

Sebenarnya bila siap kesemua kepingan blok dipasang / disambungkan, ianya kelihatan seperti sebuah taman tema. Sebiji model keretapi berkuasakan bateri 3A dua biji ( bateri kena beli sendiri la). Model keretapi ni la tarikan utama sbb benda ni la yang ronda-ronda dalam replika ni sampai la bateri habis.....Tetapi uniknya bila melihat anak sy try & error cuba memasang setiap blok ni kekadang berkerut juga dahinya. So kita sbg parent kena mainkan peranan utk membantu sambil sambil menerangkan cara yang betul dan sepatutnya

Membina laluan keretapi...


Hem...Camne nak mula ni....















Sikit lagi nak siap.




Dah Siap


Akhirnya bila dah siap, senyuman sampai pipi ternaik, telinga terangkat.







Terima Kasih Singgah Dan Follow "Aku Dan Vitaminku"

No comments: