Showing posts with label Nutriferon. Show all posts
Showing posts with label Nutriferon. Show all posts

Tuesday, November 5, 2013

Tingkatkan Sistem Imun dengan Cara Semula Jadi

Gangguan dari pencemaran alam sekitar dan udara boleh menganggu keseimbangan sistem imunisasi tubuh. Setiap hari, tubuh sering terdedah kepada serangan bakteria , kuman dan virus berbahaya yang boleh mengancam sistem imun kita. Produk - produk Shaklee dapat memberikan sokongan terhadap sistem imunisasi yang akan bertindak balas terhadap sebarang serangan penyakit.

Terdapat beberapa  produk dari Shaklee yang dapat meningkatkan tahap imunisasi tubuh kita dan kali ini saya nak bercerita mengenai Nutriferon.

Apa dia Interferon?
Interferon merupakan sejenis protein semula jadi yang merangsang imun sistem tubuh untuk melawan serangan mikrob dan seterusnya meningkatkan keupayaan sistem imunisasi. Ianya telah ditemui pada tahun 1954 oleh Dr. Yashukiko Kojima, seorang doktor perubatan dan pengkaji biologi. Beliau telah menemui bahawa tubuh yang mengalami imun sistem yang lemah cuma menghasilkan sedikit interferon.  Oleh itu, setelah memeriksa, menguji dan menilai lebih dari 200 herba yang berbeza, Dr. Kojima telah menemui kombinasi 4 sumber campuran botanikal iaitu biji labu, bunga safflower, benih plantago dan kuntuman bunga  Japanese honey suckle yang boleh meningkatkan  penghasilan interferon oleh tubuh badan tanpa memberikan tekanan kepada badan yang seterusnya dapat menyokong dan merangsang gerak balas imun semula jadi pada tahap selular. Kajian klinikal juga menunjukkan , kombinasi botanikal unik ini adalah efektif kepada pesakit Hepatitis C kronik.

Produk ini disediakan dalam bentuk serbuk yang berwarna kekuningan. Pek Nutriferon ini adalah seperti dalam gambar dibawah, ianya mengandungi 30 stick.
Saya sering mengamalkannya terutamanya apabila ada tanda - tanda ingin demam atau selesema, dan sememangnya ianya berkesan. Selain itu, anda juga boleh mendapatkan set lengkap "Imun Booster Set" yang mengandungi :

1. Nutriferon 
2. Sustained Released Vita- C
3. Zinc Complex


4. Garlic Complex.








Saturday, September 7, 2013

Hujung Minggu ku!

Waahh....dah post kedua...Maklumlah new blogger.Semangat masih berkobar2.Anyway, hujung minggu kami sekeluarga kali in bermula dengan nasik goreng patayya!. Seawal pagi lagi aku dah start masak nasik,potong bawang dan pukul telur untuk buat nasik goreng patayya kegemaran anak dara yg baru berusia 3  tahun lebih itu...
Nak resepi? Silakan la google ye...hihihi...

Okeh.Hari ni kami sekeluarga ke office shaklee. Beli  sket supplemen2  feveret kami  seperti nutriferon, Vit E, ESP, Vit C , alfalfa dan tambahan sebotol COQhealth plus. Ada lg beberapa supplemen lain yg kami amalkan tapi kali ni cuma nak top up mana2 yg dah nak abis je dulu.


Berkenaan dengan supplemen2 yg sy sebutkan ni, sy akan terangkan pada posting2  akan datang. Untuk pengetahuan semua, kami sekeluarga minat gileerrr ngan supplemen Shaklee ni. Kepada yg berminat nak oder, bole aje. Bole makan sbg salah satu usaha penjagaan kesihatan badan kita.

Sesampai aje kat office Shaklee ni, orang punya la ramai.Hem, ini menggambarkan ramai jugak pengamal -  pengamal supplemen Shaklee ni.... Nasib baik byk kerusi disediakan, walaupun sesak dengan orang ramai tp masih selesa untuk menunggu giliran.Khidmat kaunter yg cekap dan ramah, buatkan pelanggan mcm kami ni rasa masa yg lama utk menunggu itu terasa mcm tak der apa pun...hihi...

Disebabkan anak dara ku sanggup menemani kami, ku hadiahkan dia puzzle Pinocchio ni. Anak sy ni memang gemar dengan permainan yang berunsurkan cantum cantum @  binaan. Dah berjenis2  puzzle dah jadi koleksinyer. Block2  binaan tu plak memang feveret dia laaa. Mcm2  rekaan anak sy dah berjaya bina guna block tu contohnya rumah, kapal terbang, bot dan bermacam lagi. Sebenarnya aktiviti mcm ni membina daya kreativiti selain dari kemahiran berfikir dia.




Diakhir hari, singgah jap di  Restoran Tat Nasi Ayam. Selain nasik ayam, teringin nak rasa tauhu bakar.