Gangguan dari pencemaran alam sekitar dan udara boleh menganggu keseimbangan sistem imunisasi tubuh. Setiap hari, tubuh sering terdedah kepada serangan bakteria , kuman dan virus berbahaya yang boleh mengancam sistem imun kita. Produk - produk Shaklee dapat memberikan sokongan terhadap sistem imunisasi yang akan bertindak balas terhadap sebarang serangan penyakit.
Terdapat beberapa produk dari Shaklee yang dapat meningkatkan tahap imunisasi tubuh kita dan kali ini saya nak bercerita mengenai Nutriferon.
Apa dia Interferon?
Interferon merupakan sejenis protein semula jadi yang merangsang imun sistem tubuh untuk melawan serangan mikrob dan seterusnya meningkatkan keupayaan sistem imunisasi. Ianya telah ditemui pada tahun 1954 oleh Dr. Yashukiko Kojima, seorang doktor perubatan dan pengkaji biologi. Beliau telah menemui bahawa tubuh yang mengalami imun sistem yang lemah cuma menghasilkan sedikit interferon. Oleh itu, setelah memeriksa, menguji dan menilai lebih dari 200 herba yang berbeza, Dr. Kojima telah menemui kombinasi 4 sumber campuran botanikal iaitu biji labu, bunga safflower, benih plantago dan kuntuman bunga Japanese honey suckle yang boleh meningkatkan penghasilan interferon oleh tubuh badan tanpa memberikan tekanan kepada badan yang seterusnya dapat menyokong dan merangsang gerak balas imun semula jadi pada tahap selular. Kajian klinikal juga menunjukkan , kombinasi botanikal unik ini adalah efektif kepada pesakit Hepatitis C kronik.
Produk ini disediakan dalam bentuk serbuk yang berwarna kekuningan. Pek Nutriferon ini adalah seperti dalam gambar dibawah, ianya mengandungi 30 stick.
Saya sering mengamalkannya terutamanya apabila ada tanda - tanda ingin demam atau selesema, dan sememangnya ianya berkesan. Selain itu, anda juga boleh mendapatkan set lengkap "Imun Booster Set" yang mengandungi :
1. Nutriferon
2. Sustained Released Vita- C
3. Zinc Complex
4. Garlic Complex.
No comments:
Post a Comment