Friday, October 4, 2013

Oh....Dinner seisi keluarga

Hi..

Dah hari khamis ....terasa cepat pulak masa berlalu minggu ni....rasa nya baru sahaja bercuti masa weekend hari tu....oke....hari ni terasa rajin semacam untuk "berkarya" di dapur. So, malam tadi sempat untuk masak dan menghidangkan Nasik goreng Pataya dan Paprik ayam utk seisi keluarga...


Walaupun penat berkerja seharian masih ada, aku mengerahkan segala tenaga yang ader untuk ke dapur. Untuk mengekalkan tenaga dan kecergasan, aku sentiasa mengamalkan ESP setiap hari, salah satu produk Shaklee yang terlaris dipasaran.

Macam biasa, antara  bahan2 yang digunakan untuk membuat Paprik Ayam ni antaranyer ader la isi ayam dipotong dadu, kacang panjang, lobak merah, daun limau purut, cili yang diblender, sos cili, garam dan gula secukup rasa serta sedikit air untuk dijadikan kuah.....



Oh...untuk bahan daun limau, aku menggunakan  daun limau yang ku ternak sendiri dirumah.....
Nasib baik ler ader ...senang sikit nak masak, tak perlu nak beli....petik jer ....antara tanaman yang ader kat rumah ni yang boleh digunakan untuk memasak seperti cili padi, pokok limau  dan pokok kari....Nak buat kari ayam? Petik jer daun kari kat dapur nih...


Nih la hasilnya......Yang pasti suami dan anakku makan dengan berselera sehingga licin...















Terima Kasih Singgah Dan Follow "Aku Dan Vitaminku"

1 comment:

Unknown said...

singgah dan follow sini...