Sunday, November 24, 2013

Aktiviti outdoor yang menceriakan





Hi....dah lama rasanya tak buat outdoor riadah - riadah....So utk weekend kali ni, dapat peluang untuk berlari - lari kat padang Dataran Shah Alam ,berdekatan dengan Muzium Shah Alam dan Masjid Shah Alam. Kalau tak silap, ader la lebih kurang sebulan lebih tak beriadah di sini.....Kami  tiba di sini lebih kurang pukul 5.30 petang selepas singgah di Alam Sentral sebelum tu. Suasana agak meriah pada masa kami tiba..Rata- rata, pengunjung adalah dari golongan berkeluarga. Di tepi - tepi padang , terdapat beberapa orang berjualan barang - barang permainan yang pelbagai. So, biasalah budak - budak kan...bila tengok permainan terbentang, mula la start tarik baju mintak dibelikan....Jadi , nak senang cerita, beli la pistol bubble...Seingat sy, setiap kali datang sini, memang macam wajib jer belikan benda nih....huh..
Pelbagai permainan menjadi pilihan
Ni dia, pistol bubble..ntah yang keberapa ntahhh..

Geram btul dia kat bubble tuuhh
Bila dah boring main pistol...tendang bola la pulak....my daugther sorang jer yang main bola pink kat padang nih.....hehe
Bola pink ...pink pun pink laaa....
Seronok sungguh
Lepas dah beriadah , singgah jap kat kedai bakery. Tetiba nak merasa ice cream cake.


Ahhhh.....sedaappp
So, malam ni nak lepak rehat kat rumah layan Masterchef All Star.






Soy Lecithin



Assalamualaikum,

Entry kali ni nak share berkenaan dengan produk Shaklee yang sentiasa mendapat sambutan hangat iaitu Soy Lecithin. Saya juga merupakan pengguna setia produk ini setiap hari selain dari supplemen - supplemen lain.



Sedikit info tentang lecitin:
Lecithin sangat diperlukan oleh badan. Walaubagaimanapun, Lecithin ini tidak dapat dihasilkan oleh badan dengan sendirinya. Lecithin boleh di dapati daripada kacang soya, kuning telur, jagung dll lagi.

Fungsi Lecithin;
  •  Meningkatkan daya ingatan dan juga menbantu keupayaan belajar.
  • Lecithin Shaklee adalah daripada ekstrak kacang soya yang mengandungi kandungan Choline yang tinggi. Choline yang terkandung di dalam lecithin ini akan membantu meningkatkan daya ingatan seseorang.
  • Menyokong kesihatan kardiovaskular iaitu lecithin bertindak sebagai “fat emulsifier” (pemecah lemak). Ini dapat membantu mengatasi masalah jantung.
  • Memelihara aras trigliserida yang sihat. Trigliserida yang berlebihan di dalam badan akan disimpan di dalam kulit sehingga meyebabkan kegemukan. Tahap trigliserida yang berlebihan akan membahayakan kesihatan. Trigliserida yang seimbang sangat diperlukan oleh badan kerana ia penting bagi metabolisma badan, memberi tenaga kepada badan, melindungi tulang dan melindungi organ-organ badan daripada tercedera. Bagi mereka yang mengalami masalah berat badan (kegemukan), mereka perlu menurunkan tahap trigliserida untuk lebih kesan efektif (memberikan kesan yang lebih baik) kepada proses penurunan berat badan.
  • Membantu dalam proses menguruskan badan; Lecithin dapat membantu memecahkan lemak-lemak yang berlebihan di dalam badan.
  •  Membantu meyerap nutrient larut lemak iaitu Vitamin A, D, E, dan K. 
  • Dapat mengurangkan risiko berlakunya masalah pembuluh darah tersumbat.
 

Lunch seisi keluarga



Assalamualaikum,

Hari nih tiba - tiba terasa ingin merasa sesuatu yang dah lama tak makan, di The Chicken Rice Shop. Rasanya kali terakhir kami makan kat restoran nih kira - kira 3 tahun yang lalu...Lama jugak tempoh tuh bukan......Mungkin sepanjang tempoh tu tak rasa atau tak terlintas pun nak makan kat situ, tapi kunjungan kali ni agak memuaskan hati kerana layanan staff restoran yang baik, rasa makanan yang agak sedap dan servis yang pantas.  
Kali ni, kami order Triple Feast untuk kami bertiga. Antara hidangan yang sy suka dalam set ni seperti Pai Tee, Gado - gado,  Prime Honey BBQ Chicken dan Chicken Roast.

Lain kali, kalau ader rezeki, kami akan datang lagi....

Ibu, nak yang ni jugak!

Fuhh....sedap sungguh
Baru nak start makan
Gado - gado pun ader
Waahh...kegemaran ku

Wednesday, November 20, 2013

Bagaimana Membina Tulang Yang Sihat


Anda cukup Kalsium???

Apa itu Kalsium?
Kalsium sangat sinonim untuk membina tulang yang kuat dan sihat. Biasanya kita selalu terlepas pandang untuk memberikan Kalsium yang secukupnya kepada badan kita kerana selalunya masalah yang berkaitan dengan kekurangan Kalsium ini akan timbul pada usia yang agak lewat.

Antara kesan akibat kekurangan Kalsium dalam badan adalah:
1)  Kekejangan otot
2)  Insomnia
3)  Gigi rosak
4)  Osteoporosis
5)  Pertumbuhan terbantut



Jadi untuk membantu badan kita mendapat Kalsium yang mencukupi, dan seterusnya dapat mengelakkan symptom-symptom kekurangan Kalsium, OSTEMATRIX  daripada Shaklee adalah salah satu  supplement yang dapat membekalkan  kalsium kepada badan anda. Tambahan pula dengan gabungan mineral-mineral lain yang telah diformulasikan ke dalam produk ini akan mengoptimumkan lagi keberkesanannya dalam badan anda.

Shaklee Ostematrix mangandungi :
  •  Kalsium
  •  Magnesium
  • Vitamin D
  • Boron
  • Mangan
  • Tembaga
  • Zink 
Gabungan Vitamin D dan Magnesium di dalam OSTEMATRIX akan meningkatkan proses penyerapan kalsium dalam badan. Kebanyakan daripada kita tidak sedar bahawa Kalsium dan Magnesium merupakan kawan baik antara satu sama lain kerana saling menyokong satu sama lain. Tanpa kita sedari,adakalanya kandungan  Magnesium di dalam badan kita akan berkurangan kerana beberapa faktor antaranya ialah tekanan, aktiviti harian yang lasak dan pengambilan ubat-ubatan. Mineral-mineral lain yang terdapat dalam OSTEMATRIX ini juga dipercayai dapat turut membantu dalam proses penyerapan Kalsium di dalam badan berlaku dengan baik. Kajian telah menunjukkan OSTEMATRIX Shaklee ini akan sepenuhnya diserap selepas 12jam pengambilan.

Setiap tablet OSTEMATRIX Shaklee mengandungi:
  • 250mg Kalsium dari sumber alam semula jadi 
  • 100mg Magnesium untuk membantu menggabungkan Kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya
  • 100IU Vitamin D untuk membantu penyerapan Kalsium.
Lebihan Kalsium di dalam badan akan menyebabkan berlaku masalah pada buah pinggang. Tetapi dengan kombinasi gabungan Vitamin D dan Magnesium didalam OSTEMATRIX Shaklee, Kalsium akan diserap dengan sempurna ke dalam tulang dan masalah lebihan Kalsium di dalam badan akan dapat dielakkan.

Siapa yang memerlukan OSTEMATRIX?
  • Remaja dan perempuan yang melepasi fasa baligh; dapat membantu pertumbuhan
  • Wanita mengandung dan sedang menyusukan anak
  • Orang tua
  • Orang yang sentiasa ‘masuk angin’ atau kembung/senak
  • Mereka yang selalu mengalami sakit sendi (arthritis)
  • Mereka yang menghidap migraine / sakit sebelah kepala (memerlukan kalsium dan vit b complex dalam diet seharian)
  • Mereka yang menghidap penyakit darah tinggi.
Peranan penting Kalsium:
  • Membantu mengatur dengupan jantung
  • Penting untuk pembekuan darah
  • Memainkan peranan penting dalam menurunkan tekanan darah tinggi.
  • Memperkuatkan tulang dan gigi
  • Mengatasi masalah susah tidur (insomnia)







Sunday, November 17, 2013

Sustained Release Vita-C Plus 500 mg





All-Natural Vitamin C Delivered Hour After Hour

Our body loses vitamin C during everyday activities.  Sustained Release Vita-C helps with the continuous replenishment of this vitamin.  All natural Sustained Release Vita-C 500mg helps to provide vitamin C as needed. Vitamin C helps to support healthy bones, teeth, gums, as well as the general make-up of the body.

No artificial flavours, sweeteners, colours, or preservatives added.

* This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases.

Thursday, November 14, 2013

Vita-E Complex



Vitamin E mula dikenali pada sekitar tahun 1930an dan ianya bersifat larut lemak dan adalah sejenis antioksida yang sangat penting.  Secara amnya, vitamin E berperanan sebagai antioksida dengan menjaga integriti  dan kestabilan tisu dan membran tubuh daripada serangan radikal bebas yang boleh menyebabkan kerosakan dan seterusnya penyakit - penyakit kronik tertentu. Ia juga menyokong fungsi kardiovaskular dan sistemnya, sistem imun dan penglihatan.

Vitamin E terbahagi kepada 2 kumpulan iaitu "tocotrienols" dan "tocopherols". Sebatian dari kumpulan "tocopherols" adalah aktif secara biologinya di dalam badan. Terdapat pula 4 jenis sebatian "tocopherols" iaitu alpha, beta, gamma dan delta.  "alpha- tocopherols" merupakan bentuk sebatian yang paling kuat dan aktif daripada keempat -empat jenis yang dinyatakan tadi.  
 Fungsi Vitamin E sebagai antioksida yang bermaksud vitamin E akan mendermakan elektronnya kepada radikal bebas dan seterusnya menstabilkannya radikal bebas tersebut.  Apabila vitamin E ini telah teroksida, ia akan dikeluarkan dari badan ataupun boleh diaktifkan semula oleh vitamin antioksida lain seperti vitamin C.  Disebabkan vitamin E lazimnya terdapat di tisu adipose dan sel membran, maka ia secara relatifnya akan lebih melindungi  "polyunsaturated fatty acids (PUFA) dan lain - lain komponen lemak pada sel membran dari mengalami pengoksidaan.  Berikut merupakan antara fungsi - fungsi penting vitamin E yang lain :
1. Melindungi  LDL daripada teroksida yang seterusnya dapat mengurangkan risiko penyakit jantung.
2. Melindungi membran sel darah merah dari teroksida.
3. Melindungi sel - sel paru-paru dari teroksida.
4. Meningkatkan fungsi  imun dengan memberi perlindungan kepada sel darah putih dan komponen - komponen lain dalam sistem imun dengan itu dapat membantu tubuh menentang penyakit.
5. Ianya juga dapat membantu meningkatkan penyerapan vitamin A.
6. Berpotensi mengurangkan  risiko atau melambatkan pembentukan katarak.
7.  Menghalang pembentukan tumor.
8.  Mengurangkan risiko kanser perut dan kanser rektum pada wanita

Banyak bukan kebaikan Vitamin E ini?? Tetapi pengambilan vitamin E perlulah dari sumber yang semulajadi (natural)  kerana ianya lebih selamat diambil dan lebih mudah diserap oleh badan.  Untuk mengenali vitamin E dari sumber "natural", bacalah pada label botol tersebut.  d-alpha- tocopherol menandakan ianya adalah dari sumber semula jadi manakala jika terdapat  huruf "l" atau "dl" ia menandakan vitamin tersebut dari sumber sintetik. 
Kenapa perlu memilih Vita- E Complex dari Shaklee? ? Sy merupakan pengguna setia Vita - E Complex ini setiap hari dan telah merasai kebaikan dari penggunaannya. Antara sebab sy memilih produk Shaklee ini kerana :
1. Vitamin E dalam Vita-E Complex ini bersumberkan semulajadi. (natural), oleh itu sy yakin badan sy menyerap vitamin ini lebih baik. Ia mengandungi d-alpha- tocopherol  yang seperti sy terangkan tadi adalah aktif secara biologinya di dalam badan dan merupakan bentuk sebatian yang paling kuat dan aktif .
2. Ianya mengandungi Selenium
3. Ianya juga mengandungi ekstrak biji anggur.
4. Mudah ditelan
5. Warna kapsul yang menarik...hehe

Selenium merupakan sejenis mineral  yang sangat diperlukan oleh badan kita.  Lebih kurang 50% ke 90% selenium akan diserap melalui usus kecil.  Selenium berperanan dalam fungsi antioksida  apabila menjadi  sebahagian daripada sistem enzim glutathione peroxidase yang dapat menguraikan hidrogen peroksida yang terbentuk di dalam badan, dengan itu  ia dapat mengelakkan pembentukan radikal bebas. Selenium dan vitamin E berperanan bersama untuk mengelakkan kerosakkan oksidatif kepada lipid dan mengurangkan kerosakkan kepada membran sel. Selain itu, selenium juga diperlukan dalam pembentukan thyroxine, sejenis hormon tiroid dan penting untuk kawalan suhu badan.  Ia juga berperanan penting dalam fungsi imun dan beberapa jenis kanser dilaporkan berkait rapat dengan kekurangan selenium. 
Ekstrak biji anggur pula memainkan peranan penting dan memberikan beberapa kebaikan kepada tubuh badan antaranya :
1. Mengandungi "Flavonoid phytonutrients " yang Juga berperanan sebagai antioksida . Ia mengandungi 95%  Kompleks Oligomeric Proanthocyanidin, OPC yang merupakan antara ekstrak antioksida yang kuat.
2.  OPC membantu tubuh untuk menghasilkan glutathione yang dapat melindungi DNA dan menguatkan sistem imun.
3. Memperbaiki peredaran oksigen didalam badan.
4. Melindungi tisu lembut pada tisu hubungan (joint tissue)  dan kulit dari radikal bebas dan penuaan pramatang. Bila sebut mengenai perlindungan penuaan pra - matang ini bermakna ia dapat membantu kulit kelihatan muda dan sihat.
5. Memperlahankan pertumbuhan kanser dan boleh menyebabkan kematian sel - sel kanser. Selain itu , ia juga dapat membantu hati mengeluarkan toksik dan seterusnya mengurangkan pertumbuhan sel kanser pada  payudara, perut, kolon, prostat dan paru - paru.

Setiap kapsul Vita-E Complex ini mengandungi 400IU  d-alpha- tocopherol, 65.00mcg Selenium dan 39.40mg Grape Seed Extract. Ia didatangkan dengan 120 biji kapsul yang mana jika dimakan ikut sukatannya dapat bertahan selama 4 bulan!. Dengan jumlah kapsul dan kebaikan serta khasiat yang terkandung, dapat disimpulkan bahawa harga yang ditawarkan amat la berbaloi..Segeralah dapatkan sebotol untuk mencuba kebaikan dan merasai kesihatan yang lebih baik.