Tuesday, January 21, 2014

CoQ Health Plus

Lebih 17.2juta manusia di dunia meninggal dunia setiap tahun adalah disebabkan penyakit kardiovaskular.Kajian juga telah menunjukkan bahawa penyebab utama kematian di Malaysia  pula adalah disebabkan oleh penyakit jantung. 1 / 3 daripada kematian rakyat Malaysia adalah disebabkan oleh penyakit yang semakin glamour di abad ini. Dengan gaya hidup pada masa sekarang, berkemungkinan kita juga akan tergolong dalam golongan ini. Tekanan kehidupan, gaya hidup yang tak seimbang, makanan yang semakin hari semakin sedap, sedar tak sedar, kolestrol semakin banyak…. Hem macam-macam faktor yang memainkan peranan ke arah penyakit ini. Salah satu punca juga disebabkan badan yang telah kekurangan CoQ10 didalam system badan.

Sunday, January 19, 2014

Novel yang menceriakan

Salam All,

Hi, ape khabar? Sekarang ni tengah layan novel koleksi terbaru peribadi sy bulan ni..Ader x sesapa yang dah baca?  Bole la share opinion anda...




Ceramah Perdana Maulidur Rasul 1435 Hijrah

Assalamualaikum,


Setiap tahun umat Islam di seluruh dunia akan meraikan sambutan Maulidur Rasul dan di negara kita, bila tiba pada tarikh hari sambutan ini, selain dari kita memperolehi cuti umum  yang membolehkan kita bercuti di rumah, terdapat banyak acara sebagai pengisian sambutan hari Maulidur Rasul ini tidak kira la  oleh pihak kerajaan,  pihak masjid,  syarikat - syarikat ataupun persatuan -  persatuan penduduk dan sebagainya. Paling biasa yang kita lihat ialah perarakan dan ceramah agama diadakan sebagai pengisiannya.

Sunday, January 12, 2014

Seronok bermain sambil shopping

Salam semuaa...

Weekend kali ni kami berkunjung ke Aeon Bukit Tinggi Klang. Plan asal hari ni sebenarnyer nak ke Aeon Mid Valley, tp tukar plan pulak. Tp satu yg bestnya kat Aeon Bukit Tinggi ni sbb kat dlm tmpt shopping tu ader indoor playground.So,  mudah ler nak shopping, sambil2 shopping pilih baju boleh la Aisya & ayah dia dok dlm tu...tenang sket nak belek2 barang...tp ader sedikit bayaran dikenakan untuk main....kasut dan selipar perlu dibuka klu nak main dan ditinggalkan dlm bekas yg disediakan......Tp sebelum nak masuk, kena isi borang & staff tu akan bagi satu sticker....

Tuesday, January 7, 2014

Dah lama tak update blog

Salam kepada semua pengunjung blog.

Dah lama rasanyer tak mengupdate blog ni.So, kiranyer ni 1st entry utk tahun baru 2014. So far,how is your New Year? Semoga permulaan tahun baru 2014  akan menjadi permulaan yang baik bagi kita semua. Just recently, kami sekeluarga balik kampung. So today just nak share few photos of our beloved kampung.Time balik aritu,  adalah musim menuai padi. So, layan gambar je la ek.