Sunday, January 19, 2014

Ceramah Perdana Maulidur Rasul 1435 Hijrah

Assalamualaikum,


Setiap tahun umat Islam di seluruh dunia akan meraikan sambutan Maulidur Rasul dan di negara kita, bila tiba pada tarikh hari sambutan ini, selain dari kita memperolehi cuti umum  yang membolehkan kita bercuti di rumah, terdapat banyak acara sebagai pengisian sambutan hari Maulidur Rasul ini tidak kira la  oleh pihak kerajaan,  pihak masjid,  syarikat - syarikat ataupun persatuan -  persatuan penduduk dan sebagainya. Paling biasa yang kita lihat ialah perarakan dan ceramah agama diadakan sebagai pengisiannya.



Bersyukur kita kerana umat Islam di negara kita ini masih lagi bersatu dan dapat meraikan hari-hari kebesaran dalam kalendar Islam dengan aman dan melupakan seketika perbezaan politik dan fahaman yang sinonim dengan masyarakat Melayu pada hari ini. Di sana sini , umat Islam berkumpul beramai - ramai bersama - sama memenuhi masjid -masjid, surau dan dewan2  untuk meraikannya. Walaupun begitu, ada kedengaran suara-suara beberapa kerat manusia yang menganggap sambutan Maulidur Rasul sebagai bidaah. Tetapi telah banyak ahli -ahli agama yang telah menjelaskan dan menerangkan kewajaran sambutan ini. Teringat sy semasa zaman - zaman berstatus mahasiswa dahulu. Saya ambil contoh mudah iaitu faedah kepada para mahasiswa/i. Kami beramai-ramai menyertai perarakan sambutan di universiti. Selepas menyertai perarakan, kami selepas itu mendengar ceramah agama. Kalau anda dapat bayangkan berapa banyak faedah yang dapat diperoleh dengan meraikan sambutan ini. Cuba anda bayangkan sekiranya tiada sambutan seperti ini, anak anak muda akan mungkin lupa kepada hari keputeraan Nabi Muhammad dan lebih terdorong untuk mengingati hari - hari seperti Valentine dan sebagainya. Dengan  kita menyambut hari Maulidur Rasul ini, kita akan lebih mengenali Rasulullah dan lebih mudah untuk kita melaksanakan sunnah yang baik dalam kehidupan kita. Selain itu, perpaduan sesama Islam akan lebih terjalin walaupun saling tidak mengenali tetapi bersatu atas nama Islam dan Rasulullah.

Panjang pula entry kali ni yer. So, malam td kami sekeluarga dengan rasa lapang dada menghadiri ceramah perdana Maulidur Rasul yang disampaikan oleh Ustaz Mohammad Kazim yang dianjurkan oleh Surau Al-Ittihadiyyah, Seksyen 9 Shah Alam. Ramai sungguh umat Islam yang menghadirinya. Walaupun kami duduk di seksyen lain, tp kami bersama-sama meramaikan majlis ilmu seperti ini. Kami bawa skali anak perempuan kami yg berumur 3 tahun untuk bersama -sama mendengar ceramah. Majlis dimulakan selepas solat Isyak dengan bacaan ayat  al-Quran dan selawat beramai ramai.Anak sy seronok sungguh semasa kami berdiri berselawat beramai ramai. Mudah sahaja dia follow semua org berselawat. Bukan ker ini salah satu contoh mudah manfaat program sebegini? Manfaat manfaat lain boleh la anda fikir fikir sendiri bila anda menghadiri program sebegini.







Terima Kasih Singgah Dan Follow "Aku Dan Vitaminku"

3 comments:

Anonymous said...

AsSalam...masa zaman mahasiswa dulu bestkan...tak der masalah kan... tenang jer

Anonymous said...

teringat zaman mahasiswa ye...dulu puan blajar mane??

Anonymous said...

Dulu puan blajar mana ye??