Sunday, February 2, 2014

Membersih Dengan Selamat.

Salam Semua,

Sekali lagi kiter semua tengah enjoy bercuti panjang sempena perayaan Tahun Baru Cina. Ader antara kita yang balik kampung & ader yang just bercuti dan duduk dirumah bersama2   keluarga. Tidak kurang juga ader yg mengadakan kenduri kendara. So bagi suri2 rumah, masa bercuti ni ler boleh dimanfaatkan utk mencuba resepi2 baru atau memasak hidangan kegemaran anak @ pun suami. 


Kebiasaanyer bila dah masak & selesai menjamu selera, dan bila perut dh kenyang &  bdn pun dah letih berjam2 kat dapur memasak,  nak kena pula membasuh pinggan mangkuk & periuk kuali. Kena pulak tu sekiranya memasak lauk yang berminyak menyebabkan kiter berhempas pulas pula menyinsing lengan untuk "berperang"  dengan minyak. Kekadang secara fizikalnyer nampak minyak seperti dah hilang dari permukaan periuk/pinggan tp ader ketikanyer sebenaryer apabila mencalit dengan jari, minyak still
melekat dipinggan. Frust sungguh!.  Ader pulak ketikanyer bau makanan masih melekat pada pinggan mangkuk walaupun dh berkali2  basuh dan bilas.huh!


Walaupun setelah kita berjaya menyingkirkan kotoran dan minyak serta bau, ader lagi perkara yang perlu kita ambil peduli semasa mengendalikan basuhan pinggan mangkuk serta peralatan memasak yang lain iaitu keselamatan dari bahan - bahan kimia pada cecair pencuci pinggan. Selain dari kebersihan tangan sebelum makan,  kebersihan dan keselamatan pada peralatan hidangan makanan seperti pinggan,cawan , sudu dan lain2 lagi juga sangat penting.  Kita perlu tahu bahawa sesetengah cecair pencuci pinggan mengandungi bahan kimia yang sekiranya tidak dibilas dengan betul dan pengguna terdedah secara berulangan dan dalam tempoh yang lama boleh mengakibatkan toksik kepada badan dan menyebabkan penyakit. Mengikut pengalaman peribadi sy, sy sudah byk menggunakan bermacam2 jenis bahan pencuci yg terdapat di pasaran dan ada diantaranya menyebabkan kegatalan kulit dan ada yang meninggalkan bau yang kuat. Dah la kita berhempas pulas menghilangkan bau minyak pada pinggan, terpaksa pulak selepas itu berusaha untuk menghilangkan bau cecair pencuci!. Kekadang bau cecair masih terbau even cawan contohya sudah kering di rak & yg paling terasa apabila menggunakan cawan tersebut utk minum air kosong! 

Oleh itu, sy tercari2 cecair pencuci yang memenuhi "requirements" sy seperti tidak menyebabkan kegatalan pada tangan, bau cecair pencuci yang lembut dan bau cecair pencuci yg tidak kuat melekat pada pinggan mangkuk, cekap menanggalkan minyak & kotoran, dan ianya semestinya perlu bebas toksik supaya selamat digunakan dalam tempoh yg panjang dan selamat kepada anak kecil sy.



Dah berbulan2 sy menggunakan produk2 Shaklee &  baru kali ni tergerak hati utk mencuba cecair pencuci Shaklee Get Clean Hand Dish Wash Liquid Concentrate setelah agak kecewa sbb tidak menemui pencuci pinggan yang bersesuaian dengan keperluan sy. Secara praktikalnyer, cecair pencuci dari Shaklee ini byk memudahkan kerja pembasuhan di dapur bukan sahaja sbb bau sisa mudah dihilangkan dari pinggan bahkan bau cecair pencuci itu sendiri tidak begitu kuat, lagipun baunyer agak lembut. Dan sudah semestinyer keupayaan menyingkirkan kotoran & minyak setanding dengan jenama2 lain dipasaran. Selain itu, ianya banyak menghasilkan buih lebih-lebih lagi dengan penggunaan span yg bersesuaian. Kiranyer bertambah mudahler kerja mencuci kerana tidak perlu membuang masa & tenaga membasuh & menjimatkan air untuk tidak membilas secara berlebihan. Tetapi, yang paling penting ialah sy dpt mengurangkan pendedahan kepada bahan  kimia cecair pencuci kepada keluarga sy dan ia merupakan salah satu misi sy untuk mencapai target zero toksik di dapur!.

Kesimpulannyer, produk ini amat memenuhi ciri-ciri yang sy inginkan iaitu:
a. Berkuasa menanggalkan kotoran
b. Mudah menanggalkan minyak
c. Efektif menanggalkan bau sisa
d. Tidak sensitif pada kulit
e. Bau cecair pencuci yang lembut dan mudah dibilas.
f. Banyak menghasilkan buih & buih yang tahan lama.

Produk ini juga:
a. Bebas toksik
b. Hypoallergenic
c. Biosurfaktan
d. Semulajadi &
e. Bebas fosfat.

Until mendapatkan produk yg menarik ini , sila lah hubungi sy secepat mungkin!.





No comments: