Vitamin E mula dikenali pada sekitar tahun 1930an dan ianya bersifat
larut lemak dan adalah sejenis antioksida yang sangat penting. Secara amnya, vitamin E berperanan sebagai
antioksida dengan menjaga integriti dan
kestabilan tisu dan membran tubuh daripada serangan radikal bebas yang boleh
menyebabkan kerosakan dan seterusnya penyakit - penyakit kronik tertentu. Ia
juga menyokong fungsi kardiovaskular dan sistemnya, sistem imun dan
penglihatan.
Vitamin E terbahagi kepada 2 kumpulan iaitu "tocotrienols" dan "tocopherols".
Sebatian dari kumpulan "tocopherols"
adalah aktif secara biologinya di dalam badan. Terdapat pula 4 jenis sebatian "tocopherols" iaitu alpha,
beta, gamma dan delta. "alpha- tocopherols" merupakan
bentuk sebatian yang paling kuat dan aktif daripada keempat -empat jenis yang
dinyatakan tadi.
Fungsi Vitamin E sebagai antioksida yang bermaksud vitamin E akan
mendermakan elektronnya kepada radikal bebas dan seterusnya menstabilkannya
radikal bebas tersebut. Apabila vitamin
E ini telah teroksida, ia akan dikeluarkan dari badan ataupun boleh diaktifkan
semula oleh vitamin antioksida lain seperti vitamin C. Disebabkan vitamin E lazimnya terdapat di
tisu adipose dan sel membran, maka ia secara relatifnya akan lebih melindungi "polyunsaturated fatty acids (PUFA) dan
lain - lain komponen lemak pada sel membran dari mengalami pengoksidaan. Berikut merupakan antara fungsi - fungsi
penting vitamin E yang lain :
1. Melindungi LDL daripada
teroksida yang seterusnya dapat mengurangkan risiko penyakit jantung.
2. Melindungi membran sel darah
merah dari teroksida.
3. Melindungi sel - sel paru-paru dari
teroksida.
4. Meningkatkan fungsi imun dengan memberi perlindungan kepada sel
darah putih dan komponen - komponen lain dalam sistem imun dengan itu dapat
membantu tubuh menentang penyakit.
5. Ianya juga dapat membantu
meningkatkan penyerapan vitamin A.
6. Berpotensi mengurangkan risiko atau melambatkan pembentukan katarak.
7.
Menghalang pembentukan tumor.
8. Mengurangkan risiko kanser
perut dan kanser rektum pada wanita
Banyak bukan kebaikan Vitamin E ini?? Tetapi pengambilan vitamin E
perlulah dari sumber yang semulajadi (natural)
kerana ianya lebih selamat diambil dan lebih mudah diserap oleh
badan. Untuk mengenali vitamin E dari sumber
"natural", bacalah pada label botol tersebut. d-alpha-
tocopherol menandakan ianya adalah dari sumber semula jadi manakala jika
terdapat huruf "l" atau
"dl" ia menandakan vitamin tersebut dari sumber sintetik.
Kenapa perlu memilih Vita- E Complex
dari Shaklee? ? Sy merupakan pengguna setia Vita - E Complex ini setiap hari
dan telah merasai kebaikan dari penggunaannya. Antara sebab sy memilih produk
Shaklee ini kerana :
1. Vitamin E dalam Vita-E Complex
ini bersumberkan semulajadi. (natural), oleh itu sy
yakin badan sy menyerap vitamin ini lebih baik. Ia mengandungi d-alpha- tocopherol yang seperti sy terangkan tadi adalah aktif
secara biologinya di dalam badan dan merupakan bentuk sebatian yang paling kuat
dan aktif .
2. Ianya mengandungi Selenium
3. Ianya juga mengandungi ekstrak
biji anggur.
4. Mudah ditelan
5. Warna kapsul yang menarik...hehe
Selenium merupakan sejenis mineral
yang sangat diperlukan oleh badan kita.
Lebih kurang 50% ke 90% selenium akan diserap melalui usus kecil. Selenium berperanan dalam fungsi
antioksida apabila menjadi sebahagian daripada sistem enzim glutathione
peroxidase yang dapat menguraikan hidrogen peroksida yang terbentuk di dalam
badan, dengan itu ia dapat mengelakkan
pembentukan radikal bebas. Selenium dan vitamin E berperanan bersama untuk
mengelakkan kerosakkan oksidatif kepada lipid dan mengurangkan kerosakkan
kepada membran sel. Selain itu, selenium juga diperlukan dalam pembentukan thyroxine,
sejenis hormon tiroid dan penting untuk kawalan suhu badan. Ia juga berperanan penting dalam fungsi imun
dan beberapa jenis kanser dilaporkan berkait rapat dengan kekurangan selenium.
Ekstrak biji anggur pula memainkan peranan penting dan memberikan
beberapa kebaikan kepada tubuh badan antaranya :
1. Mengandungi "Flavonoid
phytonutrients " yang Juga berperanan sebagai antioksida . Ia
mengandungi 95% Kompleks Oligomeric
Proanthocyanidin, OPC yang merupakan antara ekstrak antioksida yang kuat.
2. OPC membantu tubuh untuk
menghasilkan glutathione yang dapat melindungi DNA dan menguatkan sistem imun.
3. Memperbaiki peredaran oksigen
didalam badan.
4. Melindungi tisu lembut pada tisu hubungan (joint tissue) dan kulit dari radikal bebas dan penuaan
pramatang. Bila sebut mengenai perlindungan penuaan pra - matang ini bermakna
ia dapat membantu kulit kelihatan muda dan sihat.
5. Memperlahankan pertumbuhan kanser dan boleh menyebabkan kematian
sel - sel kanser. Selain itu , ia juga dapat membantu hati mengeluarkan toksik dan seterusnya
mengurangkan pertumbuhan sel kanser pada payudara, perut, kolon, prostat dan paru -
paru.
Setiap kapsul Vita-E Complex ini mengandungi 400IU d-alpha-
tocopherol, 65.00mcg Selenium dan 39.40mg Grape Seed Extract. Ia
didatangkan dengan 120 biji kapsul yang mana jika dimakan ikut sukatannya dapat
bertahan selama 4 bulan!. Dengan jumlah kapsul dan kebaikan serta khasiat yang
terkandung, dapat disimpulkan bahawa harga yang ditawarkan amat la
berbaloi..Segeralah dapatkan sebotol untuk mencuba kebaikan dan merasai
kesihatan yang lebih baik.