Kenapa
saya pilih Shaklee?? Sedikit perkongsian
pengalaman kami setelah lebih kurang Sembilan bulan mengamalkan supplemen dari
Shaklee.
Entry
kali ni bukan lah niat saya nak menyebelahi produk Shaklee ni..Tapi cerita ni
berkenaan apa yang saya dan keluarga saya alami,, Sebelum ni ada juga kami
sekeluarga mencuba supplement yang lain. Tapi dari sebotol ke sebotol, rasanya
sama ja.. Bila husband nak cuba
Shaklee, mula la saya mencebik.. Dalam hati “membazir je makan vitamin-vitamin
ni.. Kalau nak sakit, sakit
juga nanti”.. Tapi dah beria encih H nak try juga, ok lah.. go onnn..
Produk-produk pertama yang kami beli adalah, Vitalea, Vitamin E, Ostematrik,
dan vivix.. (Vivix ni kami decided nak beli sebb pada masa ni, Encik H saya ni
ada masalah kesihatann sikit.. Jadi produk-produk lain tu purposely
Encik H saya ni beli untuk saya lah.. Hehe,, Thanks abang). Lepas kami rasa
perubahan selepas mengambil vits ni semua, jadi kami decide nak tambah ESP
untuk saya, dan Mealshake untuk buah hati kami..
VIVIX |
Antara
produk-produk Shaklee yang menjadi pilihan hati kami sekeluarga adalah Vita C
Plus, Vita E Complex, ESP,Vitalea, Alfalfa, Lecitin, B Complex dan Ostematrix. Jangan
risau, kebanyakan vit2 Shaklee ni mampu bertahan selama 4 bulan!! Seriously,
tak mahal tau.
Antaranya
kalau dulu:
1) Bangun
pagi confirm sakit tapak
kaki
2) Bangun
pagi mesti kena take time nak bergerak
3)
Letih/malas
nak pergi kerja… Sebab dah letih bila
terfikir dengan kerja-kerja yang bakal dibuat.. Dalam kepala terfikir kenapa la
lambat lagi nak sampai hari jumaat…
4)
Baru
separuh pagi buat kerja kat ofis, dah rasa mengantuk.. dah rasa lenguh badan...
dah rasa lapar J Hohoho..
5)
Bila
banyak buat kerja-kerja yang boleh keluarkan peluh sikit, mula la badan ni nak
bau yang tak best.. hehee
6)
Nampak
je tangga,, mula la malas nak mendaki,.. bukann apa, bila sampai ja kat atas
nanti mesti lutut aku sakit/lenguh..
7)
Bila
bulan puasa, belum lagi pukul 10 pagi dah rasa ngantukkk.. huargggghh....
8)
Bila
dah abis 8jam kat tempat kerja dah rasa malam ni nak tidor awallah... letih.
Bawah mata dah hitam macam nak jadi panda dah..
Kerja saya ni banyak kena berjalan
dan kadang-kadang kena ulang alik di antara dua tempat kerja yang berbeza
lokasi. Jadi paham-paham la memang kena bergerak banyak dan semestinya tenaga
yang mencukupi.
Tapi sekarang:
1) Bangun
pagi takde lagi sakit-sakit tapak kaki, takde lagi lenguh-lenguh pinggang.
Terus boleh bangun.. (Bangun tu selepas
baca doa bangun tidor la kawan-kawan). Siap boleh masak untuk bawa bekal
pergi kerja lagi,, Hehehe
2)
Badan
terasa ringan jadi tak de lagi perasaan nak mencari MC.
3)
Tak
de lagi rasa ngantuk. Kalau badan berpeluh pun tak de lagi bau yang tak best
tu keluar.
4) Sekarang
dah tak heran kalau nampak tangga. Lutut dah tak bunyi kriuk-kriuk lagi dah..
Bangun dari sujud & rukuk pun dah tak de bunyi lutut lagi dah.
5) Bulan
puasa yang lepas, saya merasa sedikit kelainan kerana badan rasa bertenaga. Sebab
saya dah standby kalau-kalau akan rasa macam sebelum-sebelum ni.. Jadi tahun ni
nak kekalkan lagi amalan2 yang sama.. InsyaAllah…
6) Hitam bawah mata ni dah banyak
kurang. Dulu kalau letih sikit dah nampak hitam dan berminyak.
7) Kulit
dah tak kusam. Pastu kulit jadi lembab. Kalau finger print nak punch kad tak
payah lagi nak dua tiga kali touch baru la scanner boleh detect dan baca..
Sekarang sekali touch dah pun “verified”.
8) Badan
ringan dan bertenaga sepanjang hari. Letih sikit-sikit tu mesti la ada kan… kita kan
manusia.. pompuan plak tu,,
Sebenarnya
kalau nak list kan
apa perbezaan sebelum dan selepas mengambil Shaklee ni, ianya sangat subjektif.
Kita sendiri kena menilai apa yang kita rasa. Yang penting kita mesti
menghargai apa yang Allah dah pinjamkan untuk kita. Jangan kita mengharap ianya
akan kekal elok/sihat selamanya kalau kita tak menjaga anugerahNya. Ala, macam pokok juga,
kalau kita tak baja, tak siram, mula-mula daun nampak kuning, lama kelamaan, pokok pasti akan mati. Kalau
kereta kita tak berkira untuk servis, apalah salahnya kalau kita berikan
supplement pada badan kita untuk mendapat tahap kesihatan yang baik.
Dalam
suasana kos sara hidup yang semakin meningkat, semestinya kita perlu
membelanjakan wang kita hanya kepada sesuatu yang betul betul dapat memberi
manfaat kepada diri kita. Oleh itu, jangan lah kita membazirkan wang kita
membeli produk produk supplemen yang berlambak di pasaran yang belum terbukti
berkesan dan selamat.
Oleh
itu, kami sekeluarga cukup yakin supplemen yang kami amalkan ini memberi
manfaat dan tidak dibazirkan begitu sahaja.
Kalau
ada antara pembaca-pembaca yang nak mencuba produk Shaklee, silalah contact
saya. Saya akan cuba
mencadangkan vitamin-vitamin yang sesuai dan juga cadangan waktu pengambilan
yang ideal untuk penyerapan yang baik.
Salam
ceria.
No comments:
Post a Comment