Thursday, April 10, 2014

Perkongsian Info - Manfaat Berhenti Merokok

Sekadar perkongsian pengetahuan kepada pembaca semua berkenaan manfaat berhenti merokok. 
Adakah anda seorang perokok? Perokok tegar atau pun sekadar sesekali ? Mungkin ramai yang telah tahu akan kesan bahaya merokok. Bahkan, amaran dan gambar beberapa jenis penyakit terpapar di kotak - kotak rokok. Walau bagaimana pun, kali ini perkongsian dari saya adalah bukan berkenaan kesan buruk merokok tetapi apakah manfaat yang akan diperolehi apabila seseorang perokok itu memilih untuk berhenti merokok.



Merokok sebenarnya berpotensi mendedahkan seseorang itu kepada pelbagai jenis penyakit yang berbahaya seperti penyakit jantung, strok dan juga kanser. Walaupun risiko sebegini diketahui umum, tetapi ianya adalah sukar untuk dihentikan oleh sebahagian golongan. Namun, sekiranya anda mula untuk berhenti merokok, tubuh badan akan mula mengalami proses penyembuhan. 
Menurut Pusat Pencegahan dan Pengawalan penyakit Amerika Syarikat :

  •  20 minit selepas berhenti - kadar degupan jantung akan menurun.
  • 12 jam selepas berhenti - karbon monoksida di dalam darah kembali ke paras normal.
  • 2 minggu hingga 3 bulan selepas berhenti - risiko serangan jantung menurun dan fungsi paru - paru meningkat
  • 1 - 9 bulan selepas berhenti - batuk dan sesak nafas berkurangan
  • 1 tahun selepas berhenti - risiko penyakit jantung koronari menjadi separuh daripada perokok
  • 5 tahun selepas berhenti - risiko strok serupa seperti mana individu yang tidak merokok
  • 10 tahun selepas berhenti - risiko kematian akibat kanser paru - paru separuh berbanding dengan perokok dan risiko menghidap kanser tekak , mulut, esofagus, buah pinggang, pundi kencing dan pankreas menurun.
  • 15 tahun selepas berhenti - risiko penyakit jantung koronari kembali normal.



Oleh itu, apa keputusan anda sekarang? Keburukan merokok anda tahu dan manfaat berhenti merokok pun telah anda tahu. Buatlah keputusan yang bijak demi kesihatan anda dan kebahagiaan keluarga anda.



Terima Kasih Singgah Dan Follow "Aku Dan Vitaminku"

No comments: