Kebanyakkan daripada kita suka kepada sesuatu yang lengkap dan mungkin kerana bila sesuatu itu lengkap kita rasa ianya telah sempurna. Bila dah sempurna, kita rasa tenang dan yakin. Tetapi dalam hal-hal tertentu agak sukar untuk kita memperolehi sesuatu itu dalam keadaan tersedia lengkap sebagai contohnya nutrisi dari pemakanan seharian. Sebahagian dari kita mungkin menganggap bila kita dah makan, kita telah beri apa yang tubuh badan kita perlukan untuk berfungsi dengan optimum. Tetapi sebenarnya ramai diantara kita kurang mengamalkan makanan seimbang. Seperti juga saya, agak sukar untuk saya mengambil makanan yang seimbang terutamanya semasa makan lunch di tempat kerja. Nak memilih sangat susah pulak nanti dan akhirnya tak makan la jawapnya.Tetapi saya memilih untuk memenuhi sebahagian kekurangan nutrisi saya melalui pengambilan multivitamin dan Vita- Lea merupakan pilihan hati saya.
Ok, mari kita mengenali Vita-Lea manalah tau anda pun "terpikat" juga. Vita-Lea Shaklee ini merupakan muti-vitamin dan mineral yang pertama di cipta. Pada mulanya ianya dikenali sebagai "Vitalize Mineral" dan seterusnya disingkatkan kepada "Vita-min". Seiring dengan kemajuan teknologi Multi-vitamin ini diubah bentuk daripada cecair kepada bentuk tablet seperti yg ada sekarang. Dari segi fizikalnya, tablet Vita-Lea ini berbentuk bujur dan berwarna hijau iaitu yang disaluti oleh spirulina.
Setiap tablet ini pula diformulasikan dengan komprehensif dan seimbang dengan nutrisi yang lengkap dengan 28 vitamin dan mineral yang penting yang di ekstrak dari buah dan sayuran. Selain itu, multi vitamin ini sangat pantas dilarutkan dan sifat ini penting untuk memastikan ianya diserap sepenuhnya oleh badan. Sifat tablet ini sedemikian rupa kerana setiap tablet dihasilkan dengan teknologi yang dikenali dengan nama "Explo-tab".Selain itu mineral yang terkandung di dalamnya mudah berintegrasi dengan protin untuk penyerapan yang pantas oleh usus kecil.
Sekarang mari kita mengetahui manfaat utama pengambilan Vita-Lea ini:
Peningkatan tenaga yang ketara -
- Meningkatkan tenaga - memberikan tenaga dan kecergasan tubuh serta kekuatan mental dan seterusnya membantu sistem memori dan dapat meningkatkan fokus dalam pembelajaran dan pekerjaan.
- Pelengkap nutrisi - dapat mengisi kekurangan pelbagai vitamin dan mineral yang penting akibat dari pemakanan yang tidak seimbang yang berterusan juga dapat melengkapkan nutrisi bagi mereka yang mengamalkan pemakanan vegetarian.
- Keupayaan sistem produktif - penting kepada kanak - kanak dan remaja yang sedang membesar.
- Metabolisma - membantu dalam proses metabolisma dan melambatkan proses penuaan.
- Menyediakan nutrisi asas kepada sel - sel badan bagi memastikan sel hidup dengan sihat dan proses penggantian sel - sel baru, membantu proses pembesaran, pertumbuhan rambut, otot, kulit,kuku dan hormon serta menjaga kesihatan tiroid.
- Melindungi fungsi organ - organ penting seperti jantung, buah pinggang dan hati.
Selain itu, Multi-vitamin Vita - Lea ini juga antara supplement yang penting kepada sesiapa yang sedang mengamalkan program diet di mana sekiranya kita kurang mengambil makanan, pengambilan Vita-Lea akan memenuhi keperluan nutrisi dan seterusnya memastikan badan sentiasa bertenaga, tidak lesu dan menjadikan kulit tegang. Begitu juga kepada pregnant ladies dan breast feeding mommies adalah sangat digalakkan untuk mengambil Vita-Lea kerana nutrisi yang dibekalkan dapat memenuhi keperluan golongan ini dan dapat membantu menyalurkan nutrisi tersebut kepada anak melalui penyusuan badan.
Sekiranya berminat untuk memenuhi keperluan nutrisi anda dengan pengambilan multi-vitamin yang bermutu, boleh la contact saya seperti dibawah ini.
No comments:
Post a Comment