Sunday, September 29, 2013

Isoflavones

Isoflavones 


Pengambilan produk makanan berasaskan soya sebenarnya banyak memberikan manfaat kepada kesihatan tubuh badan termasuklah perlindungan daripada penyakit - penyakit tertentu seperti beberapa jenis kanser , penyakit jantung dan lain- lain lagi. Kebaikan ke atas kesihatan ini adalah datangnya dari satu bahan yang dikenali sebagai Isoflavones. Pernah dengar Isoflavones??


Isoflavones dipercayai dapat membantu dalam menurunkan risiko ke atas beberapa jenis penyakit antaranya ialah :

a. Meringankan simptom menopaus - Isoflavones dipercayai boleh membantu meringankan simptom menopaus seperti "hot flashes".
b. Mengurangkan risiko penyakit jantung - Isoflavones dipercayai boleh membantu mengurangkan risiko penyakit jantung dengan menghalang pembentukan plak di dalam arteri.
c. Melindungi dari masalah prostat - Isoflavones dipercayai boleh melindungi daripada pembesaran kelenjar prostat pada kaum lelaki. Kajian menunjukkan bahawa Isoflavones ini bukan sahaja dapat memperlahankan pertumbuhan kanser prostat, malah dapat juga menyebabkan sel kanser itu sendiri mati.
d. Mempengaruhi kesihatan tulang - Isoflavones dipercayai mampu membantu dalam masalah osteoporosis dan membantu pertumbuhan tulang yang sihat.

Terdapat kajian yang mendedahkan bahawa Isoflavones ini mempunyai sifat antioksidan yang setanding dengan vitamin antioksidan lain seperti vitamin E. Kesan antioksidan Isoflavones ini boleh mengurangkan risiko kanser dalam jangka masa panjang  melalui tindakannya menghalang radikal bebas dari merosakkan DNA. Genistein dan Daidzein adalah antara jenis antioksidan Isoflavones soya yang berkesan.


Cara yang terbaik untuk mendapatkan kebaikan Isoflavones ini ialah dengan pengambilan produk produk berasaskan soya. Kini terdapat cara yang baik dan mudah untuk menikmati produk soya disamping kualiti yang boleh dipercayai. ESP atau Energized Soy Protein adalah antara produk Shaklee yang mendapat sambutan yang sangat menggalakkan. Selain padat dengan sumber vitamin dan protein, ia juga mengandungi Isoflavones seperti yang saya terangkan tadi.

Dan uniknya, Shaklee mengaplikasikan pembersihan soya ini tanpa menggunakan alkohol.  Pembersihan menggunakan alkohol dilaporkan boleh menyebabkan kehilangan Isoflavones dalam peratusan yang tinggi yang seharusnya  dapat dimanfaatkan oleh pengguna. Untuk itu, Shaklee menggunakan pembersihan berasaskan air yang telah terbukti dapat mengekalkan isoflavones. Saya juga ingin menekankan disini, soya yang digunakan oleh Shaklee adalah tidak diubah suai secara genetik  (Non GMO). Untuk setiap hidangan, ia menyediakan 14 gram Protein Soya Non GMO yang berkualiti tinggi disamping sembilan asid amino yang diperlukan oleh badan. ESP adalah rendah lemak dan bebas laktosa dan kolestrol. Ia juga mengandungi kalsium dan vitamin B.

Jadi, marilah bersama sama saya menikmati kebaikan ESP hari ini. Untuk mendapatkan produk berkualiti ini, bolehlah menghubungi saya.  Saya sudah menikmatinya hari ini, anda bila lagi?



Disclaimer :
These statement have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease.



Saturday, September 28, 2013

My New Bakery Experience

Hi all,

Nampaknyer dah nak masuk bulan october. Dalam bulan October ni, kita akan ader Hari Raya Aidiliadha di pertengahan bulan nanti.  Hari ni sempat berkunjung ke Empire Subang. Tau tak kat mana? Terletak berdekatan dengan Subang Parade di Subang Jaya. Hari ni agak susah sket nak cari parking. Pusing punya pusing,akhirnya dpt parking agak jauh sket.

Cuma kali ni nak share berkenaan dengan satu kedai Bakery. For me, this is my 1st time merasa roti bakery kat kedai ni. Ops, lupa nak bgtau, kedai bakery yg sy maksudkan ialah The Loaf Bakery &  Bistro.  Utk yang nak menikmati makanan disitu, meja dan kerusi ader disediakan, for me as always be , take away je la. Sy memilih utk merasa Pan Cream, Pizza Tomato & Cranberry Cheese.  Rasanyer? for me agak sedap and oke laa.





And for my daughter, sy hadiahkan sebotol Kid mineral plus supplemen perisa Natural strawberry. Kenapa pilih produk supplemen ni? Sbb x ader artificial sweetener dan preservatives. Anda tau kan keburukan 2  bahan ni? klu ader kesempatan sy akan terangkan keburukannyer tp byk info mengenai bahan2 ni kat internet for your reference.










Tuesday, September 24, 2013

Hujung minggu & Cuti Hari Malaysia!

Assalamualaikum semua,

Saja nak share aktiviti kat blog ni setelah lama tak update. Ntah la..mula2 tu macam berkobar2 nak ada blog.....dan berkobar2 semangat nak update blog....rupanyer bila dah ada blog, nak maintain untuk update content bukan la semudah yg sy sangka..haha..tp tak pe la..

Untuk kali ini sy nak share aktiviti pada cuti hujung minggu yang combine dengan cuti Hari Malaysia tempoh hari...Dah lama rasa nya tak cuti straight 3 hari tanpa apply AL ni.....
Dapat la rehat2 kat rumah dan bole main ngan my lovely daugther tuuu....

Bercakap mengenai my loveeelyy daughter tu.....dia dah tambah lagi satu koleksi jigsaw puzzle...Kali ni my daughther pilih jigsaw puzzle Upin & Ipin....Dia memang minat sangatla dengan kartun Upin dan Ipin ...hampir setiap hari tengok kartun ni...kalau tak kat Astro, tengok kat tablet..... even baju dan patung karekter kartun nih pun dia ada...
Another Puzzle collection
Pada pagi ahad tu pulak, kena bawak la si comel ni ke Giant  sbb dia rinduuu sangat nak main kat playground ni...hampir setiap minggu sy bawak dia ke sini untuk bermain. Dulu masa sy kecil2...tak der benda2 nih semua...


Taman Permainan di Giant

Bila masuk ke dalam Giant , sure singgah ke bahagian akuarium ikan tu.....Seronok kot memerhatikan ikan yang bergerak2 dalam tu....


Teliti memerhatikan ikan keli


Pada petang ahad tu pulak, kami upah plumber datang rumah untuk buat laluan baru sinki....supaya laluan air lebih mudah dan tak selalu tersumbat....terpaksa la tebuk dinding untuk lalukan hose plastik tu.....

Laluan baru hose sinki

Pada malam ahad tu pulak , kami berkunjung ke Hospital Umra untuk melawat kawan yang baru sahaja bersalin anak pertamanyer.....Ini juga first time kami melangkah masuk ke Hospital ni....Terletak di Sekysen 13, Shah Alam. Agak cantik jugak la decoration dalaman hospital ini..one more thing yang sy notice, hospital ni agak tenang....




Pada hari isnin pula, aktiviti kami tertumpu kepada shopping barang2 untuk bakal haji..Bukan sy yang nak pergi haji tapi Abah yang telah bertolak ke Tanah Suci pada 19 September 2013......banyak jugak butik2 haji yang terdapat di PKNS Shah Alam. Akhirnya, kami singgah ke satu butik utk membeli dua helai jubah ......





Kemudian kami singgah kat Mydin untuk beli Serban dan T shirt. Banyak jugak la pilihan serban yang sesuai tp kami memilih yang berwarna hitam putih ini...




Oke. itu sahaja ler aktiviti  hujung minggu tempoh hari....Ader lebih kurang 3 minggu lagi untuk kita meraikan Hari Raya Aidiladha....Semoga Abah selamat mengerjakan Haji dan selamat pulang ke Malaysia...






Wednesday, September 11, 2013

Solat Sunat ( bahagian 1)

Assalamualaikum,

Ape khabar semua? Kita baru sahaja menjalani ibadah puasa dan baru sahaja merayakan hari raya dan tidak lama lagi akan merayakan hari raya aidiladha. Di dalam merayakan ibadah ibadah ini, kita akan menunaikan beberapa jenis solat solat sunat seperti terawih semasa bulan ramadhan dan masing masing solat sunat aidilfitri dan aidiladha.

Hari ni sy nak bercerita dan berkongsi ilmu berkenaan solat sunat. Sebenarnya solat sunat walaupun ianya tidak diwajibkan, kita tidak seharusnya memandang remeh berkenaan solat solat ini. Tambahan pula, solat solat sunat juga dapat membantu memperbaiki kekurangan dalam perlaksanaan solat solat fardhu.


Solat sunat dapat dibahagikan kepada dua iaitu ;
1]. Solat sunat yang tidak dituntut dilakukan secara berjemaah dan ianya terbahagi pula kepada:

   i. Solat yang tidak dituntut dilakukan secara berjemaah  dan tidak mengiringi solat fardhu.:
      a. Ditentukan waktu dan nama seperti solat sunat tahajud, dhuha, istikharah dll.
      b.Tidak ditentukan waktu dan nama seperti solat sunat mutlak.

  ii.  Solat yang tidak dituntut dilakukan secara berjemaah dan mengiringi solat fardhu.:
     a. Tidak Muakkad
     b. Muakkad

2]. Solat sunat yang dituntut dilakukan secara berjemaah seperti solat sunat hari raya aidiladha dan aidilfitri, terawih dll.

Untuk bahagian pertama ini, sy akhiri dengan perkongsian setakat pembahagian / jenis2 secara umumnya dahulu.Insya Allah, sy akan sambung semula pada entry2 yang akan datang.



Sunday, September 8, 2013

Senyum

Assalamualaikum.

Entri  di  hari  Ahad  ini, saya nak bercerita berkenaan dengan Senyuman. Pasti kita semua biasa tersenyum dan ketawa. Sejak dari kecil lagi senyuman dan ketawa ini menghiasi perjalanan kehidupan kita masing masing. Tanpa kita sedari atau kita rancang, kadang kadang kehidupan ini sedikit sebanyak diwarnai bukan sahaja senyuman bahkan tangisan dan duka. Tapi entry kali ni lebih nak share berkenaan dengan senyuman.

Senyuman sebenarnyer banyak memberikan manfaat. Senyuman sebenarnya juga dapat memperbaiki tahap kesihatan badan dan tekanan serta membuatkan kita lebih menarik. Ini sahaja ker kelebihannyer??  Sila baca yang berikut :

1. Senyuman membuatkan kita lebih menarik
 Kita biasanya lebih tertarik kepada seseorang yang selalu tersenyum. Betul bukan? Ungkapan seperti "manis senyuman anda" atau pun "senyuman anda umpama suria " antara ungkapan yang pernah saya dengar untuk membayangkan sesuatu senyuman itu.

2. Senyuman mengubah mood
Biasanya bila saya dalam keadaan kurang bersemangat atas apa sahaja sebab ataupun mood tak baik, saya usahakan untuk mengukir senyuman. Ini adalah langkah mudah untuk memperbaiki mood.

3. Senyuman melegakan tekanan.
Pernah mengalami tekanan atau stress?Apabila  seseorang yang dalam situasi tekanan atau stress biasanya dapat dilihat dari air mukanya. Dalam keadaan ini, ambil la masa untuk bertenang dan cuba la untuk senyum. InsyaAllah, stress itu sedikit sebanyak akan beransur ansur lega.

4.Senyuman meningkatkan Sistem Imun
Senyuman membantu sistem imun dalam badan kita untuk berfungsi dengan lebih baik.

5.Senyuman membuatkan kita kelihatan lebih muda
Eh.....yang ni yang seronok nak dengar..Bukan takat kelihatan lebih muda, bahkan kita akan rasa lebih selesa dan konfiden dengan sentiasa senyum.

6. Senyuman boleh mengubah suasana
Apabila kita senyum kepada orang lain, biasanya orang itu akan membalas senyuman kita. Bila semua orang tersenyum, secara semulajadinya suasana positif atau gembira akan muncul.
Hari ni sy telah membuat anak dan suami saya tersenyum sbb pada petang yang sejuk hujan ni, sy hidangkan kepada mereka bubur kacang. Sepinggan jugak la anak gadis sy yg umur 3 tahun ni settlekan.


Banyak cara sebenarnya untuk kita senyum atau pun ketawa. Salah satu cara untuk saya dan keluarga senyum atau gembira adalah dengan bergurau senda ataupun menonton rancangan tv.Hehe..



Oleh  itu  mulakan hari kita dengan senyuman pada orang yang tersayang dan disekeliling kita.




Saturday, September 7, 2013

Hujung Minggu ku!

Waahh....dah post kedua...Maklumlah new blogger.Semangat masih berkobar2.Anyway, hujung minggu kami sekeluarga kali in bermula dengan nasik goreng patayya!. Seawal pagi lagi aku dah start masak nasik,potong bawang dan pukul telur untuk buat nasik goreng patayya kegemaran anak dara yg baru berusia 3  tahun lebih itu...
Nak resepi? Silakan la google ye...hihihi...

Okeh.Hari ni kami sekeluarga ke office shaklee. Beli  sket supplemen2  feveret kami  seperti nutriferon, Vit E, ESP, Vit C , alfalfa dan tambahan sebotol COQhealth plus. Ada lg beberapa supplemen lain yg kami amalkan tapi kali ni cuma nak top up mana2 yg dah nak abis je dulu.


Berkenaan dengan supplemen2 yg sy sebutkan ni, sy akan terangkan pada posting2  akan datang. Untuk pengetahuan semua, kami sekeluarga minat gileerrr ngan supplemen Shaklee ni. Kepada yg berminat nak oder, bole aje. Bole makan sbg salah satu usaha penjagaan kesihatan badan kita.

Sesampai aje kat office Shaklee ni, orang punya la ramai.Hem, ini menggambarkan ramai jugak pengamal -  pengamal supplemen Shaklee ni.... Nasib baik byk kerusi disediakan, walaupun sesak dengan orang ramai tp masih selesa untuk menunggu giliran.Khidmat kaunter yg cekap dan ramah, buatkan pelanggan mcm kami ni rasa masa yg lama utk menunggu itu terasa mcm tak der apa pun...hihi...

Disebabkan anak dara ku sanggup menemani kami, ku hadiahkan dia puzzle Pinocchio ni. Anak sy ni memang gemar dengan permainan yang berunsurkan cantum cantum @  binaan. Dah berjenis2  puzzle dah jadi koleksinyer. Block2  binaan tu plak memang feveret dia laaa. Mcm2  rekaan anak sy dah berjaya bina guna block tu contohnya rumah, kapal terbang, bot dan bermacam lagi. Sebenarnya aktiviti mcm ni membina daya kreativiti selain dari kemahiran berfikir dia.




Diakhir hari, singgah jap di  Restoran Tat Nasi Ayam. Selain nasik ayam, teringin nak rasa tauhu bakar.