Sunday, September 29, 2013

Isoflavones

Isoflavones 


Pengambilan produk makanan berasaskan soya sebenarnya banyak memberikan manfaat kepada kesihatan tubuh badan termasuklah perlindungan daripada penyakit - penyakit tertentu seperti beberapa jenis kanser , penyakit jantung dan lain- lain lagi. Kebaikan ke atas kesihatan ini adalah datangnya dari satu bahan yang dikenali sebagai Isoflavones. Pernah dengar Isoflavones??


Isoflavones dipercayai dapat membantu dalam menurunkan risiko ke atas beberapa jenis penyakit antaranya ialah :

a. Meringankan simptom menopaus - Isoflavones dipercayai boleh membantu meringankan simptom menopaus seperti "hot flashes".
b. Mengurangkan risiko penyakit jantung - Isoflavones dipercayai boleh membantu mengurangkan risiko penyakit jantung dengan menghalang pembentukan plak di dalam arteri.
c. Melindungi dari masalah prostat - Isoflavones dipercayai boleh melindungi daripada pembesaran kelenjar prostat pada kaum lelaki. Kajian menunjukkan bahawa Isoflavones ini bukan sahaja dapat memperlahankan pertumbuhan kanser prostat, malah dapat juga menyebabkan sel kanser itu sendiri mati.
d. Mempengaruhi kesihatan tulang - Isoflavones dipercayai mampu membantu dalam masalah osteoporosis dan membantu pertumbuhan tulang yang sihat.

Terdapat kajian yang mendedahkan bahawa Isoflavones ini mempunyai sifat antioksidan yang setanding dengan vitamin antioksidan lain seperti vitamin E. Kesan antioksidan Isoflavones ini boleh mengurangkan risiko kanser dalam jangka masa panjang  melalui tindakannya menghalang radikal bebas dari merosakkan DNA. Genistein dan Daidzein adalah antara jenis antioksidan Isoflavones soya yang berkesan.


Cara yang terbaik untuk mendapatkan kebaikan Isoflavones ini ialah dengan pengambilan produk produk berasaskan soya. Kini terdapat cara yang baik dan mudah untuk menikmati produk soya disamping kualiti yang boleh dipercayai. ESP atau Energized Soy Protein adalah antara produk Shaklee yang mendapat sambutan yang sangat menggalakkan. Selain padat dengan sumber vitamin dan protein, ia juga mengandungi Isoflavones seperti yang saya terangkan tadi.

Dan uniknya, Shaklee mengaplikasikan pembersihan soya ini tanpa menggunakan alkohol.  Pembersihan menggunakan alkohol dilaporkan boleh menyebabkan kehilangan Isoflavones dalam peratusan yang tinggi yang seharusnya  dapat dimanfaatkan oleh pengguna. Untuk itu, Shaklee menggunakan pembersihan berasaskan air yang telah terbukti dapat mengekalkan isoflavones. Saya juga ingin menekankan disini, soya yang digunakan oleh Shaklee adalah tidak diubah suai secara genetik  (Non GMO). Untuk setiap hidangan, ia menyediakan 14 gram Protein Soya Non GMO yang berkualiti tinggi disamping sembilan asid amino yang diperlukan oleh badan. ESP adalah rendah lemak dan bebas laktosa dan kolestrol. Ia juga mengandungi kalsium dan vitamin B.

Jadi, marilah bersama sama saya menikmati kebaikan ESP hari ini. Untuk mendapatkan produk berkualiti ini, bolehlah menghubungi saya.  Saya sudah menikmatinya hari ini, anda bila lagi?



Disclaimer :
These statement have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease.




Terima Kasih Singgah Dan Follow "Aku Dan Vitaminku"

No comments: