Tuesday, September 24, 2013

Hujung minggu & Cuti Hari Malaysia!

Assalamualaikum semua,

Saja nak share aktiviti kat blog ni setelah lama tak update. Ntah la..mula2 tu macam berkobar2 nak ada blog.....dan berkobar2 semangat nak update blog....rupanyer bila dah ada blog, nak maintain untuk update content bukan la semudah yg sy sangka..haha..tp tak pe la..

Untuk kali ini sy nak share aktiviti pada cuti hujung minggu yang combine dengan cuti Hari Malaysia tempoh hari...Dah lama rasa nya tak cuti straight 3 hari tanpa apply AL ni.....
Dapat la rehat2 kat rumah dan bole main ngan my lovely daugther tuuu....

Bercakap mengenai my loveeelyy daughter tu.....dia dah tambah lagi satu koleksi jigsaw puzzle...Kali ni my daughther pilih jigsaw puzzle Upin & Ipin....Dia memang minat sangatla dengan kartun Upin dan Ipin ...hampir setiap hari tengok kartun ni...kalau tak kat Astro, tengok kat tablet..... even baju dan patung karekter kartun nih pun dia ada...
Another Puzzle collection
Pada pagi ahad tu pulak, kena bawak la si comel ni ke Giant  sbb dia rinduuu sangat nak main kat playground ni...hampir setiap minggu sy bawak dia ke sini untuk bermain. Dulu masa sy kecil2...tak der benda2 nih semua...


Taman Permainan di Giant

Bila masuk ke dalam Giant , sure singgah ke bahagian akuarium ikan tu.....Seronok kot memerhatikan ikan yang bergerak2 dalam tu....


Teliti memerhatikan ikan keli


Pada petang ahad tu pulak, kami upah plumber datang rumah untuk buat laluan baru sinki....supaya laluan air lebih mudah dan tak selalu tersumbat....terpaksa la tebuk dinding untuk lalukan hose plastik tu.....

Laluan baru hose sinki

Pada malam ahad tu pulak , kami berkunjung ke Hospital Umra untuk melawat kawan yang baru sahaja bersalin anak pertamanyer.....Ini juga first time kami melangkah masuk ke Hospital ni....Terletak di Sekysen 13, Shah Alam. Agak cantik jugak la decoration dalaman hospital ini..one more thing yang sy notice, hospital ni agak tenang....




Pada hari isnin pula, aktiviti kami tertumpu kepada shopping barang2 untuk bakal haji..Bukan sy yang nak pergi haji tapi Abah yang telah bertolak ke Tanah Suci pada 19 September 2013......banyak jugak butik2 haji yang terdapat di PKNS Shah Alam. Akhirnya, kami singgah ke satu butik utk membeli dua helai jubah ......





Kemudian kami singgah kat Mydin untuk beli Serban dan T shirt. Banyak jugak la pilihan serban yang sesuai tp kami memilih yang berwarna hitam putih ini...




Oke. itu sahaja ler aktiviti  hujung minggu tempoh hari....Ader lebih kurang 3 minggu lagi untuk kita meraikan Hari Raya Aidiladha....Semoga Abah selamat mengerjakan Haji dan selamat pulang ke Malaysia...







Terima Kasih Singgah Dan Follow "Aku Dan Vitaminku"

No comments: