Sunday, September 8, 2013

Senyum

Assalamualaikum.

Entri  di  hari  Ahad  ini, saya nak bercerita berkenaan dengan Senyuman. Pasti kita semua biasa tersenyum dan ketawa. Sejak dari kecil lagi senyuman dan ketawa ini menghiasi perjalanan kehidupan kita masing masing. Tanpa kita sedari atau kita rancang, kadang kadang kehidupan ini sedikit sebanyak diwarnai bukan sahaja senyuman bahkan tangisan dan duka. Tapi entry kali ni lebih nak share berkenaan dengan senyuman.

Senyuman sebenarnyer banyak memberikan manfaat. Senyuman sebenarnya juga dapat memperbaiki tahap kesihatan badan dan tekanan serta membuatkan kita lebih menarik. Ini sahaja ker kelebihannyer??  Sila baca yang berikut :

1. Senyuman membuatkan kita lebih menarik
 Kita biasanya lebih tertarik kepada seseorang yang selalu tersenyum. Betul bukan? Ungkapan seperti "manis senyuman anda" atau pun "senyuman anda umpama suria " antara ungkapan yang pernah saya dengar untuk membayangkan sesuatu senyuman itu.

2. Senyuman mengubah mood
Biasanya bila saya dalam keadaan kurang bersemangat atas apa sahaja sebab ataupun mood tak baik, saya usahakan untuk mengukir senyuman. Ini adalah langkah mudah untuk memperbaiki mood.

3. Senyuman melegakan tekanan.
Pernah mengalami tekanan atau stress?Apabila  seseorang yang dalam situasi tekanan atau stress biasanya dapat dilihat dari air mukanya. Dalam keadaan ini, ambil la masa untuk bertenang dan cuba la untuk senyum. InsyaAllah, stress itu sedikit sebanyak akan beransur ansur lega.

4.Senyuman meningkatkan Sistem Imun
Senyuman membantu sistem imun dalam badan kita untuk berfungsi dengan lebih baik.

5.Senyuman membuatkan kita kelihatan lebih muda
Eh.....yang ni yang seronok nak dengar..Bukan takat kelihatan lebih muda, bahkan kita akan rasa lebih selesa dan konfiden dengan sentiasa senyum.

6. Senyuman boleh mengubah suasana
Apabila kita senyum kepada orang lain, biasanya orang itu akan membalas senyuman kita. Bila semua orang tersenyum, secara semulajadinya suasana positif atau gembira akan muncul.
Hari ni sy telah membuat anak dan suami saya tersenyum sbb pada petang yang sejuk hujan ni, sy hidangkan kepada mereka bubur kacang. Sepinggan jugak la anak gadis sy yg umur 3 tahun ni settlekan.


Banyak cara sebenarnya untuk kita senyum atau pun ketawa. Salah satu cara untuk saya dan keluarga senyum atau gembira adalah dengan bergurau senda ataupun menonton rancangan tv.Hehe..



Oleh  itu  mulakan hari kita dengan senyuman pada orang yang tersayang dan disekeliling kita.





Terima Kasih Singgah Dan Follow "Aku Dan Vitaminku"

2 comments:

Ibu Arif said...

assalam..
hye..sy dh follow this blog... hijau... cantik..=)

Zaihasna said...

hi....thanks.