Ape khabar semua? Kita baru sahaja menjalani ibadah puasa dan baru sahaja merayakan hari raya dan tidak lama lagi akan merayakan hari raya aidiladha. Di dalam merayakan ibadah ibadah ini, kita akan menunaikan beberapa jenis solat solat sunat seperti terawih semasa bulan ramadhan dan masing masing solat sunat aidilfitri dan aidiladha.
Hari ni sy nak bercerita dan berkongsi ilmu berkenaan solat sunat. Sebenarnya solat sunat walaupun ianya tidak diwajibkan, kita tidak seharusnya memandang remeh berkenaan solat solat ini. Tambahan pula, solat solat sunat juga dapat membantu memperbaiki kekurangan dalam perlaksanaan solat solat fardhu.
Solat sunat dapat dibahagikan kepada dua iaitu ;
1]. Solat sunat yang tidak dituntut dilakukan secara berjemaah dan ianya terbahagi pula kepada:
i. Solat yang tidak dituntut dilakukan secara berjemaah dan tidak mengiringi solat fardhu.:
a. Ditentukan waktu dan nama seperti solat sunat tahajud, dhuha, istikharah dll.
b.Tidak ditentukan waktu dan nama seperti solat sunat mutlak.
ii. Solat yang tidak dituntut dilakukan secara berjemaah dan mengiringi solat fardhu.:
a. Tidak Muakkad
b. Muakkad
2]. Solat sunat yang dituntut dilakukan secara berjemaah seperti solat sunat hari raya aidiladha dan aidilfitri, terawih dll.
Untuk bahagian pertama ini, sy akhiri dengan perkongsian setakat pembahagian / jenis2 secara umumnya dahulu.Insya Allah, sy akan sambung semula pada entry2 yang akan datang.
No comments:
Post a Comment